Monday, 16 January 2017

Kelebihan Mengerjakan Umrah

Kelebihan Mengerjakan Umrah
Ø  MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

"Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

Ø  PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah :

"Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

Ø  PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga"

Ø  TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :

"Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"

Ø  PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

"Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"

Ø  MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"

DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

"Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari)


Friday, 30 December 2016

Kelebihan Dan Kebaikan Hari Jumaat

1. BERLAKUNYA HARI KIAMAT  📅 😇
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."
2. NABI ADAM DICIPTAKAN DAN DIA JUGA DISINGKIRKAN DARI SYURGA 🌲😳
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini Nabi Adam diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. PENGHULU SEGALA HARI 💎🙌
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. SELAMAT DARI FITNAH KUBUR BAGI YANG MATI PADA HARI JUMAAT ⛼😰
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. KEBAIKAN DENGAN MEMOTONG KUKU 👐✂
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. MAKBULNYA DOA DI ANTARA DUA KHUTBAH 😆🏠
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan? Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. 

Monday, 1 August 2016

UPAH HAJI & UMRAH 2016 / 1437H

ASSALAMMUALAIKUM..

ANNUR TRAVEL menyediakan perkhidmatan UPAH HAJI & UMRAH
hanya RM 1950 sahaja!!
Cenderahati juga diberikan kepada setiap pendaftar.

Antara Perkhidmatan lain yang disediakan ialah:
*Upah Umrah
*Aqiqah / Qurban / Dam
*Khatam 30 Juzu' Al- Quran
*Wakaf Al- Quran

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami.

Daftar Segera!!


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN:
30 OGOS 2016

Monday, 25 April 2016

UMRAH RAMADHAN 14H/12M

ASSALAMMUALAIKUM


UMRAH RAMADHAN 2016
dengan hanya RM 7445

Marilah bersama kami, menjalani ibadah umrah dan merasai berpuasa di Tanah Suci Mekah.

 Hubungi kami segera untuk menempah tempat dan mendapatkan harga yang berpatutan dengan servis yang terbaik

“Kalau bulan Ramadhan telah tiba, 

maka tunaikanlah Umrah, 

kerana Umrah dalam Bulan Ramadhan 

menyamai ibadah Haji”
 

HR Bukhari & Muslim




HARI 01          - KUALA LUMPUR/JEDDAH/MADINAH
Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Jeddah. Jemaah akan disambut oleh wakil kami dan meneruskan perjalanan ke Madinah

HARI 02          - MADINAH
Aktiviti bebas dan jemaah dapat beribadat di Masjidil Nabawi

HARI 03          - MADINAH
Menziarahi Masjid Nabawi, Makam Rasullullah SAW dan perkuburan Baqi'

HARI 04          - MADINAH
Ke Kota Madinah, menziarahi Masjid Quba, Bukit Uhud, MAsjid Qiblatain, Ladang Tamar

HARI 05          - MADINAH / MAKKAH
Hari terakhir di Madinah. Bertolak ke Makkah dan di bawa ke Masjidil Haram

HARI 06          - MAKKAH
Aktiviti bebas dan jemaah dapat beribadat di Masjidil Haram

HARI 07          - MAKKAH
Menziarahi Jabal Thur, Tempat mengerjakan ibadah Haji seperti di Arafah, Mina, Jabal Nur dan Ja'aranah

HARI 08 & 09 - MAKKAH
Di jangka hari pertama berpuasa. Aktiviti Bebas

HARI 10          - MAKKAH
Melawat Ladang Unta, Hudaibiyah dan Muzium Makkah

HARI 11 &12  - MAKKAH
Aktiviti bebas

HARI 13 & 14 - MAKKAH/JEDDAH/KUALA LUMPUR
Hari Terakhir di Makkah, mengerjakan Tawaf Wida' sebelum meninggalkan Makkah


Monday, 28 March 2016

Kelebihan Bulan Syaaban


Bulan Sya’ban adalah bulan di mana amalan hamba diangkat kepada Allah SWT, bulan di mana Allah merahmati orang yang memohon kerahmatan dan mengampuni dosa orang yang memohon keampunan. Inilah bulan di mana Allah membebaskan sejumlah hamba daripada api neraka dalam jumlah yang tidak terhitung (yang hanya diketahui oleh Allah).

Usamah bin Zaid melaporkan bahawa Nabi SAW telah ditanya oleh seorang sahabat: “Ya Rasulullah! Aku tidak melihat engkau banyak berpuasa pada bulan-bulan lain kecuali bulan Sya’ban. Lalu Nabi SAW menjawab: “Inilah bulan ramai orang yang melupainya yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Iaitu bulan yang diangkat amalan manusia kepada Allah. Oleh itu aku amat suka jika amalku diangkat kepada Allah ketika aku sedang berpuasa". (Nasa’i)

Dari Aisyah r.a berkata: 
“Tiadalah bulan yang banyak Rasulullah berpuasa melainkan bulan Sya’ban”.
 (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)

Daripada Aisyah r.a berkata:

Rasul SAW telah bangun pada satu malam. Lalu baginda menunaikan solat dan sujud. Nabi telah sujud dengan begitu lama sehingga aku menyangka bahawa baginda telah mati. Bila aku lihat demikian aku segera bangun dan mengerakkan jari-jemarinya. Lalu jarinya bergerak-gerak (tanda masih bernyawa). Aku kembali ke tempat tidur dan aku terdengar baginda berkata-kata dalam sujudnya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kemurkaanMu dengan mendapat keredaanMu, aku berlindung dari balasan siksaanMu dengan memperolehi keselamatanMu, aku berlindung denganMu yang memiliki semulia-mulia pujian yang tidak mampu dihitung untukMu sebagaimana aku panjatkan setinggi-tinggi pujian ke atasMu”. Selepas baginda memberi salam, baginda berkata kepadaku: Wahai Aisyah, adakah kamu menyangka bahawa Rasul SAW telah musnah (mati)?”. Aku katakan: “Tidak, demi Allah ya Rasulullah. Tetapi aku menyangka kamu telah mati (lantaran terlalu lama sujud dan tidak bergerak). Lalu Nabi bersabda: “Adakah kamu tahu apakah malam ini?”. Aku menjawab: “Allah dan rasulNya lebih mengetahui”. Rasul bersabda: “Inilah malam Nisfu Sya’ban, yang Allah kurniakan kepada hambaNya, 

Allah berfirman: “Ketahuilah, orang yang memohon keampunan pastilah Aku ampuni dosanya, orang yang meminta sesuatu pastilah Aku berikannya, orang yang berdoa pastilah Aku perkenannya dan para pendengki dilambatkan kejahatanyan seperti yang diinginkan”. (Baihaqi dengan sanad yang baik)

Selain bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, bulan Sya’ban juga terkandung keberkatan seperti yang telah disebutkan oleh Nabi SAW bahawa bulan ini ramai orang yang melupakan tentang kelebihannya. Justeru dengan rahmat Allah telah menjadikan bulan Sya’ban turut mempunyai kelebihan dan fadilat yang tertentu. Oleh itu bagi hamba yang beriman sewajarnya berlumba-lumba mendapatkan keampunan dan pemeliharaan Allah di bulan ini. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana ramai orang yang lupa dan leka tentangnya. Golongan manusia seperti ini diseru supaya kembali menyedari tentang kelebihan bulan Sya’ban dan memperbaharui cita-cita serta kembali ke pangkuan Allah supaya memperolehi rahmat dan keampuannya. Moga dengan rahmat Allah itu segala dosa diampunkan dan kelak dibebaskan daripada siksaan api neraka.


PAKEJ UMRAH BULAN SYAABAN 2016



ASSALAMUALAIKUM


Mari menjalankan Ibadah Umrah pada bulan Syaaban bersama kami
Annur Travel & Tours!!!

Bulan Syaaban iaitu Bulan Lailatul Mubarakah atau bulan penuh rahmat dan keberkatan

JOM BERSAMA KAMI, KITA RAIKAN DI TANAH SUCI MEKAH & MADINAH

Harga dari RM 6730

Jangan lepaskan peluang anda untuk menunaikan ibadah Umrah bersama kami

Hubungi kami sekarang untuk mendaftar



Wednesday, 16 March 2016

PROMO MATTA FAIR 2016




PROMOSI MATTA FAIR 2016!!


JOM MELANCONG BERSAMA ANNUR TRAVEL & TOURS!!!

Pelbagai pakej menarik yang kami tawarkan dengan
POTONGAN HARGA SEHINGGA RM 300



BERMINAT??
Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti
TEMPAH PAKEJ SEGERA SEHINGGA 30 MAC 2016







Thursday, 1 October 2015

Cuti-cuti Korea ...

Ke Korea Ke Kita November Ini !

Menerokai Seoul selama 6 hari 4 malam bersama Annur Travel & Tours !
Harga dari RM 3388 sahaja !

Menerokai bandar utama yang menjanjikan pemandangan 
yang cantik dan destinasi kebanggan Korea.
Lawati Kyongbok Palace, 'Everland Theme Park', 'Seoul N Tower' yang 
pernah menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti Running Man 
dan banyak lagi lawatan menarik.


Hubungi kami untuk pertanyaan pakej-pakej menarik 
di talian +605-311 4500 sekarang !

Tuesday, 25 August 2015

Keindahan Turki!

Turki atau nama rasminya Republik Turki adalah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah terletak di antara benua Eropah dan Asia. Bumi Turki ini antara destinasi pelancongan yang eksotik dengan keindahan dan sebuah negara yang penuh dengan sejarah.


Percutian ke Turki tidak akan lengkap seandainya 'Blue Mosque' tidak tersenarai dalam senarai destinasi pilihan. Gelaran 'Blue Mosque' atau Masjid Biru ini adalah kerana jubin dinding bahagian dalamnya berwarna biru. Keunikan seni binanya yang dipengaruhi oleh elemen Byzantine dari Hagia Sophia yang berkubah mampu membuat orang ramai terpukau dengan keindahannya. Masjid ini mempunyai satu kubah utama, lapan kubah sampingan dan 6 menara.



Lawatan ke Kota Troy merupakan satu kemestian setiap pengunjung. Kota ini pernah menjadi saksi sejarah pertempuran pahlawan Yunani dan Trojan dalam perang Trojan. Wooden horse of Troy (gambar) telah runtuh akibat gempa bumi tetapi dibina semula dan menjadi sebahagian tarikan kepada pengunjung yang melawat kota ini. Dikatakan peradaban kota ini berakhir setelah sembilan kali dilanda banjir dan gempa bumi.



Kota Purba Ephesus antara kota purba yang terkenal di Turki. Kota ini merupakan runtuhan sebuah Kota Yunani kuno yang pernah direbut dan puncak kejayaanya adalah ketika kerajaan Rom memerintah. Di sini terlihat sebuah Grand teater yang menjadi kemegahan kerajaan Rom dahulu.
Teater ini dapat memuatkan hampir 24 ribu orang dalam satu masa.    



Seterusnya, Pamukkale terkenal kerana 'Cotton Castle' yang bukannya istana raja tetapi sebuah kolam air panas yang terbentuk hasil letupan gunung berapi. 'Cotton Castle' ini cukup popular kerana airnya didakwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Kebanyakan pelancong yang mengunjungi tidak melepaskan peluang untuk berendam di dalam kolam air panas tersebut.




'Underground City of Kaymakli' atau Bandar Bawah Tanah Kaymakli ini terletak di bawah Bukit Citadel yang meliputi 8 tingkat bawah tanah dengan lorong yang sempit dan mempunyai ruang tidur, dapur, bilik simpanan dan ruang menempatkan kuda para askar pada zaman kerajaan Rom. Dipercayai bandar bawah tanah ini digali oleh orang Kristian sebagai tempat perlindungan dan persembunyian daripada penganiayaan orang Arab pada zaman tersebut.



Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Bosphorus Cruise sambil menikmati pemandangan yang cantik. Aktiviti ini merupakan satu kemestian setiap pengunjung yang melawat bumi Turki. Pengunjung diberi pilihan untuk mengikuti Bosphorus Tour ini mengikut kemampuan dan bajet masing-masing. Anda akan dibawa 


Antara pemandangan menarik ketika menikmati pemandangan dari atas Bosphorus Cruise; Masjid Ortakoy, Menara Leander, Dolmabache dan banyak lagi.


Sebuah lagi sejarah tinggalan Islam iaitu 'Topkapi Palace'. Istana ini terletak di titik pertemuan Selat Bosphorus, Tanjung Tanduk Emas (Golden Horn) dan Laut Marmara. Sewaktu Empayar Uthmaniyah, Istana ini pernah menempatkan 24 Sultan Turki Uthmaniyah dan mengalami perubahan dari semasa ke semasa sehingga kali terakhir ditinggalkan oleh Sultan Abdul Mejid dan berpindah ke istana baru di Dolmabache.


Ruang-ruang di dalam Istana Topkapi antara pernah didiami oleh Sultan-sultan Turki Uthmaniyah . 


Wah! Menarik betul tempat-tempat di Turki kan? Jom bercuti ke Turki dengan kami !
Hubungi kami di +605-311 4500.


Thursday, 20 August 2015

Tarikan Aceh Selepas Tsunami !


Segala puji-pujian bagi Tuhan sekalian Alam .

Banda Aceh antara destinasi terkenal dengan kesan-kesan tinggalan tsunami yang memberi impak besar terutamanya kepada penduduk kawasan itu sendiri. Kini hampir 11 tahun sejarah tersebut berlalu namun tidak pernah sekali dilupai.

Antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong seluruh negara ialah Masjid Baiturrahman.



Masjid yang berhampiran pantai ini menjadi saksi kepada beratus-ratus manusia yang berlindung dan menyelamatkan diri daripada pukulan ombak tsunami pada tanggal 26 Disember 2004.
Keadaan sekitar Masjid Raya Baiturrahman dahulu dan kini yang telah banyak berubah.




Selain itu, anda juga berpeluang menyaksikan sebuah kapal nelayan tersangkut di atas rumah 2 tingkat yang terletak di Desa Lampulo. Mangsa di atas kapal terkandas hampir 7 jam sementara menunggu air bah surut. Proses pemasangan bumbung merupakan satu langkah konservatif untuk menjaga artifak tinggalan tsunami.


  

Pembinaan Taman Putroe Phang mengukir sejarah hubungan erat Aceh dan Malaysia suatu ketika dahulu. Terdapat monumen Gunongan yang dibina sebagai pengubat rindu Putroe Phang terhadap tempat asalnya. Pinto Khop pula ialah gerbang kecil yang berkubah berperanan sebagai tempat istirahat Putroe Phang setelah mandi manda.


Seterusnya yang mencuri pandangan pelancong ialah Masjid Teuku Omar. Masjid ini mempunyai ciri-ciri budaya Aceh yang asli dan berbentuk kubah topi khas Teuku Omar yang merupakan pejuang negara menentang Belanda sewaktu era penjajahan.




Salah satu tarikan Banda Aceh juga ialah Rumoh Aceh yang terletak di Muzium Aceh. Kita juga dapat melihat Rumah ini unik dari segi pembahagian sudut ruangnya seperti ruang utama(rambat), serambi belakang(seuramoe likot), dan serambi bertangga(seuramoe reunyeun).

Rumoh Aceh dan Loceng Cakra Donya di Muzium Aceh

Muzium Tsunami memaparkan detik-detik ketika tsunami melanda. Lorong sempit semasa memasuki muzium ini memberi pengalaman kepada pengunjung untuk merasa gambaran sebelum tsunami melanda.



Jadikan Aceh sebagai destinasi pelancongan pilihan anda !
Berminat? Hubungi kami di +605-311 4500.

Friday, 14 August 2015

Pakej Percutian ke Ho Chi Minh!


Jom bercuti ke Ho Chi Minh !

Ho Chi Minh, Vietnam
selama 4H3M
bersama-sama Annur Travel & Tours !
Harga  dari RM 1450 sahaja !

Lawati tempat-tempat menarik yang menyingkap 1001 sejarah 
seperti Chu Chi Tunnel, Saigon Post Office
dan banyak lagi !


Ayuh meriahkan cuti anda bersama yang tersayang !
Hubungi kami untuk info lanjut !

Sunday, 9 August 2015

Kenapa MESTI PERGI Bandung?



Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat, Indonesia. Apabila nak membeli barang yang murah serta berkualiti pasti semua akan teringatkan Bandung Indonesia! Bandung sudah lama terkenal sebagai tumpuan pelancong untuk ber'shopping'! Dari kain belum siap yang pelbagai corak dan warna hingga ke pakaian yang berjenama semuanya ada di Bandung Indonesia!




Factory Outlet Jalan Riau merupakan antara factory outlet yang terkenal di Bandung. Kebanyakkan factory outlet yang terkenal terdapat di kawasan ini seperti Heritage, Cascade, The Stamps dan sebagainya.


Heritage & Cascade Factory Outlet


Rumah Mode dan Mode Plus juga factory outlet yang sangat terkenal di Bandung. Pakaian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan boleh didapati di sini. Bagi yang gemar membeli kasut pasti akan menjadi teruja dengan kasut yang terdapat di Donatello factory outlet ini. Pilihan yang banyak dan pastinya cantik! Pasti teruja!


Seterusnya, tempat terkenal di Bandung Indonesia juga ialah Lembang Floating Market. Di Lembang Floating Market anda dapat menikmati keindahan tasik Lembang disamping menikmati makanan tempatan yang dijual disitu. Cuaca yang sejuk dan kecantikan taman ini menjadikan tempat ini tumpuan kepada pelancong asing!


Terdapat meja untuk pengunjung menikmati makanan yang dijual.


Saung Angklung Mang Udjo!


Apa yang menarik di Bandung juga ialah persembahan Angklung oleh penduduk Bandung! Pelancong dapat melihat tarian tradisional dan juga dapat melihat persembahan angklung oleh mereka!


Pasar Baru Trade Center


Siapa yang tidak kenal dengan Pasar Baru! Terletak di pekan Bandung yang sentiasa sesak dengan pengunjung tidak kira dari luar negara atau dalam negara. Pasar Baru terkenal dengan barang yang pelbagai seperti makanan ringan, telekung, tekstil, pakaian, tudung dan juga pelbagai kedai yang lain dengan harga tawar menawar yang lebih murah!



Toko Tiga

Bagi penggemar jeans pasti akan teruja ke Toko Tiga. Sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis jeans berjenama dari lelaki ke perempuan. Harganya lebih murah berbanding Malaysia menyebabkan ia menjadi tarikan utama disini. Setelah membeli jeans di Toko Tiga, pelancong juga mendapat kechain free!

Thursday, 6 August 2015

Pakej Percutian ke Chiangmai 'Golden Triangle'!


Jom bercuti ke Chiangmai 'The Golden Triangle' !!

Chiangmai, Thailand
selama 4 Hari 3 Malam 
bersama-sama Annur Travel & Tours !
Harga dari RM 1495 sahaja !

Jangan ketinggalan mengembara ke Chiangmai 
dan melihat dengan sendiri tempat-tempat menarik seperti
Wat Rong Khun, Segitiga Emas, 'Elephant Camp' 
dan banyak lagi !



Berminat? 
Hubungi +605-311 4500.

Tuesday, 14 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri!



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam 
daripada kami warga Annur Travel & Tours !
Maaf Zahir & Batin..



Sempena Hari Raya Aidilfitri ini syarikat kami akan ditutup pada 
16 Julai 2015 ( Khamis ) hingga 25 Julai 2015 ( Sabtu )
Kami akan memulakan operasi seperti biasa 
pada 27 Julai 2015 ( Isnin )



Monday, 13 July 2015

Pakej percutian ke Jakarta Bandung!


Jom bercuti ke Jakarta Bandung pada cuti sekolah ini 
bersama Annur Travel & Tours !

Rebutlah peluang mengembara dan membeli belah
ke Jakarta Bandung
dengan pakej percutian Full Board 
selama 4 Hari 3 Malam

Harga dari RM 1499 sahaja !


Berminat? Hubungi kami segera !


Thursday, 9 July 2015

Ramadhan Al-Mubarak!

Hidupkan Ramadhanmu..



Bulan puasa inilah medan untuk kita merasa sukarnya golongan yang tidak dapat makan dan minum semewah kita dan betapa sukarnya menahan diri dari mengawal hawa nafsu diri kita.
 Oleh itu, manfaatkan Ramadhan dengan sunnah dan amal !

1. Berbuka dengan sederhana
Berpuasa akan membuatkan diri kita berkeinginan tinggi.. Di sinilah ujian dalam pemilihan makanan di bazaar bermula..Berbukalah seadanya dan jangan berlebih-lebihan. 



2. Solat terawih
Perkara istimewa yang tidak terdapat di bulan lain ialah solat terawih. Kita akan dapat melihat satu fenomena yang berbeza setiap minggu berlaku di masjid.  Seharusnya rahmat malam lailatul qadar itu kita berusaha untuk capai apabila Ramadhan semakin di penghujung.



3. Keberkatan sahur
Sahur ibarat menggantikan sarapan pagi tetapi dilaksanakan sebelum terbit fajar. Pentingnya sahur untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.. 



4. Lailatul Qadr
Malam yang didambakan setiap hambanya yang meletakkan diri di tahap sebenar-benar hamba. Rahmat besar malam ini adalah seperti kita beramal selama 1000 bulan malah lebih baik lagi. 



Hargai dan syukurilah setiap saat di bulan mulia ini. Berdoalah sebanyak-banyaknya agar kita menemui Ramadhan yang akan datang. Beramallah sebanyak mungkin selagi nikmat nyawa diberi.

5. Bersedekah
Jiwa dapat dibersihkan dengan melakukan amalan bersedekah. Harta bukanlah milik mutlak kita sepenuhnya.. Didiklah diri menjadi manusia yang sebaik-baiknya. Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan tidak sia-sia di mata-Nya. 


Selamat menjalani bulan Ramadhan ini dengan penuh keberkatan dari kami 
Annur Travel & Tours !

Thursday, 2 July 2015

Pakej percutian GROUND Lombok!



Anda sudah ada tiket penerbangan ke Lombok Indonesia ? 
Jom ikuti pakej ground Lombok Annur Travel !

Nikmati kecantikan dan keindahan Lombok 
Package ground selama 3 Hari 2 Malam
Harga dari RM 570 sahaja !




Promosi hingga Disember ini sahaja !

Hubungi kami segera sebelum terlambat !