Tuesday 31 March 2015

Welcome to Vietnam

Saigon Central Post Office
Saigon Central Post Office di Vietnam  merupakan lokasi yang menarik kerana seni binanya yang unik  menjadi tarikan pelancong.Saigon Central Post Office yang bercirikan senibina Gothic telah dibina apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada awal abad ke-20!



City Hall
City Hall di Vietnam juga merupakan hasil senibina Gothic. Kini City Hall masih tersergam indah walaupun telah dibina sekitar abad-20 dan menjadi tarikan pelancong !



Notre Dame
Notre Dame ini merupakan satu destinasi terkenal di Ho Chi Minh. Bangunan ini sering menjadi latarbelakang bagi mereka yang membuat gambar bagi perkahwinan. Jaraknya juga dekat dengan Central Post Office. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk kerana bangunan katedral ini merupakan tempat ibadah bagi penganut beragama kristian.



Cu Chi Tunnel
Cu Chi Tunnel ialah kawasan yang menempatkan terowong yang telah dibina oleh Tentera Viet Cong semasa menentang Amerika Syarikat dari tahun 1959 hingga 1975. Kini, Cu Chi Tunnel menjadi tumpuan pelancong kerana anda boleh mencuba untuk memasukinya!



My Tho

My Tho ialah pusat wilayah Tien Giang yang terkenal dengan keindahan orchid dan sawah padi. Ahli rombongan akan menaiki bot dan sampan menyusuri Sungai Mekong, anda dibawa ke kawasan perkampungan yang menjalankan kegiatan pembuatan coconut candy dan merasai teh madu dengan di sulami muzik traditional Vietnam.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _



Berminat nak ke Vietnam

Hubungi kami sekarang!
ANNUR TRAVEL & TOURS SDN BHD
Email: annur_travel@yahoo.com
+605-311 4500 (Pejabat)
013-5240150 (Hj Othman)
012-332 1452 (En Fairuz)

Monday 30 March 2015

TIPS KESELAMATAN KETIKA TRAVEL



Tiada tempat yang  selamat dalam dunia ini. Setiap negara dan bandar pasti mempunyai kes jenayah yang tersendiri. Yang membezakannya ialah sama ada kadar jenayah di sesuatu tempat tersebut tinggi atau rendah. Semasa melancong, keselamatan  perlu diambil kira terutama jika kita melawat ke luar negara. Disini disenaraikan beberapa tips keselamatan semasa travel untuk panduan anda.


1. Memeriksa Barangan Peribadi
Apabila anda berehat dan berhenti di sesuatu tempat, amalkan untuk memeriksa kembali kawasan tempat duduk sebelum bangun untuk meninggalkan suatu tempat. Ketika melancong, kita pasti akan membawa lebih banyak barang daripada biasa, kamera, jaket, passport dan sebagainya. Oleh itu,  periksa dahulu kawasan sekeliling sebelum bangun meninggalkan tempat anda.

2. Asingkan Duit
Selalunya kita akan menyimpan wang tunai dan kredit kad di dalam dompet yang sama. Tapi jika anda pergi melancong, agihkan duit wang tunai dan kredit kad dan simpan di tempat yang berbeza. Juga digalakkan untuk agihkan wang tunai kepada rakan-rakan supaya ianya tidak disimpan oleh seorang sahaja. Kehilangan semua duit sekaligus di negara orang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.




3. Poket Belakang
Untuk mengelak daripada penyeluk saku, jangan simpan dompet di poket belakang. Simpan di poket hadapan atau  gunakan poket yang mempunyai butang.






4. Scan Dokumen Yang Penting
Scan dokumen perjalanan seperti passport, visa, travel insurance,  dan kemudian emailkan kepada diri sendiri. Fotostat juga dokumen-dokumen ini dan bawa bersama bersama ketika travel. Risiko untuk kehilangan dokumen ini sering berlaku.



5. Dapatkan Insuran Perjalanan
Dapatkan insurans perjalanan anda. Hal ini dapat membantu anda sekiranya anda jatuh sakit atau berlaku perkara yang tidak diingini semasa melancong. Kos perubatan akan ditanggung oleh pihak insurans walaupun harganya mahal ! Dapatkan insurans dengan kadar segera.





6. Dapatkan Vaksin
Dapatkan maklumat tentang imunisasi tentang negara yang kita akan lawat. Terutama jika melawat negara yang tahap kesihatannya lebih rendah, dapatkan vaksin daripada doktor jika perlu sebelum pergi ke sana.




7. Menunjuk
Elakkan terlalu menonjol iaitu menunjuk barang  di khalayak ramai seperti barang kemas, duit, barangan mewah dan sebagainya. Simpan kamera di dalam beg jika tidak menggunakannya.






8. Memberi Duit Kepada Peminta Sedekah
Niat anda memang baik. tapi lebih baik sedekah di tempat yang lebih selamat seperti di rumah anak yatim dan sebagainya. Membuka dompet dan mengeluarkan duit di khalayak ramai terutama di tempat asing memang tidak digalakkan. Mana tahu ada orang lain yang memerhati.



9. Pasrah
Ini perkara yang mudah, tapi ramai yang tak faham dan tak mahu ikut. Kalau anda di rompak, berikan sahaja apa yang diminta dan jangan melawan. Travel insurans akan cover balik apa yang anda hilang dan nyawa lagi penting dari beg tangan mewah anda itu. Berikan sahaja apa yang diminta, tinggalkan tempat tersebut dan hubungi polis.







10. Dapatkan Tips di Forum atau Blog
Dalam dunia moden ini, dapatkan maklumat memang mudah, Sebelum pergi, baca dahulu pengalaman  orang lain yang sudah pergi ke tempat tersebut. Banyak forum dan blog blog yang anda boleh baca. Beri perhatian kepada tips keselamatan, scam, penipuan kepada pelancong yang selalu terjadi di tempat tersebut. Melakukan persediaan akan mebuatkan anda lebih yakin untuk pergi melancong.

Wednesday 25 March 2015

Umat Islam digesa ziarah Baitulmaqdis



Kuala Lumpur 22 Jan. - Umat Islam di seluruh dunia digesa menziarah Baitulmaqdis di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa sebagai tanda sokongan moral terhadap penduduk Palestin yang menetap disitu dan kini ditindas rejim Israel.Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Ahmad Hussein berkata, aktiviti penindasan yang bertujuan menghalau penduduk Palestin dari situ dilakukan dengan pelbagai cara termasuk meroboh rumah dan menghalang mereka mendapatkan makanan untuk keluarga.

 "Saya merayu supaya Baitulmuqadis tidak diketepikan. Kalau boleh lakukan aktiviti ziarah secara terus-menerus kerana ia tempat bersejarah sebagai kiblat pertama umat islam.
"Umat Islam juga perlu membuang tanggapan bahawa dengan menziarah Baitulmuqaddis kita seolah-olah mengiktiraf Israel yang telah menjajahnya sejak 1967," katanya pada sidang akhbar melawat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdul Elaziz Abu Ghoush. Sebelum itu, Muhammad membacakan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM.

Kerajaan Malaysia membenarkan rakyat negara ini melawat Baitulmaqdis atau dikenali dengan nama Al-Quds atau Jurusalem selama dua minggu sejak termenterai rundingan damai antara Palestin dan Israel pada 1994. Israel sejak 1967 telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya. Langkah ini tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa yang terus menganggap Tel Aviv sebagai ibu negara yang sah.



Menurut Muhammad, penduduk Palestin akan terus bersabar dan kekal menetap di Baitulmaqdis bagi memastikan regim Israel tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk memusnahkan tempat suci Islam disitu."Keadaan kini agak genting berikutan terdapat cubaan regim untuk meruntuhkan tempat suci Islam termasuk masjid Al-Aqsa bagi membolehkan rumah ibadat Yahudi dibina," katanya.

 Dalam perkembangan lain, Muhammad berterima kasih kepada rakyat dan kerajaan Malaysia yang dianggapnya sebagai saudara kerana terus membantu penduduk Palestin. "Rakyat dan kerajaan Malaysia selalunya akan memberi bantuan tanpa perlu kita meminta. Inilah semangat yang saya lihat wujud dari dahulu hingga sekarang," katanya.

Beliau berkata, sokongan dari segi pendidikan turut terbukti apabila terdapat kira-kira 750 pelajar Palestin yang menuntut di universiti seluruh Malaysia termasuk lebih 50 orang di UIAM."Kita juga berterima kasih kepada UIAM kerana membenarkan pelajar Palestin membayar yuran pada kadar yang rendah sama seperti yang dibayar pelajar Malaysia," ujarnya.



Sheikh Muhammad Ahmad Hussein



Sumber : Utusan Malaysia tahun 2010

Tuesday 17 March 2015

TIPS UNTUK ANDA YANG PERTAMA KALI MENGEMBARA !


Anda pernah mengalami masalah untuk mengemas baju ? Banyak sangat baju yang nak dibawa ?
Kami ada tips yang dapat membantu anda !



PERTAMA : Buat senarai barangan yang perlu sahaja dibawa.
Pastikan pakaian yang dipilih haruslah yang bersesuaian dengan destinasi anda.

KEDUA : Sekalikan barangan basah anda di dalam satu bekas kecil.
( dapat menjimatkan ruang dan mengelakkan 
daripada terkena pakaian sekiranya basah)


KETIGA : Lipat baju anda seperti gambar di atas, dengan cara ini, anda dapat
menambahkan ruangan lain untuk menyimpan barang.



KEEMPAT : Lihat perbezaannya! Jika anda melipat dengan cara yang betul, ruangan
beg akan nampak lebih kemas lagi!



KELIMA : Anda boleh lihat contoh di atas tentang cara untuk mengemas beg
dengan mudah dan menjimatkan ruang.







SELAMAT MENCUBA !



Monday 16 March 2015

ZIKIR TAHLIL DI TANAH SUCI MAKKAH !


Sabda Rasulullah S.A.W :
" Apabila mati seorang anak Adam itu, nescaya terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya "
(H.R Muslim)

ZIKIR TAHLIL DI TANAH SUCI MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Pada bulan Ramadhan Al-Mubarak setiap tahun, pihak ANNUR TRAVEL & TOURS SDN BHD menganjurkan Majlis Zikir Tahlil (berkumpulan) di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dimana pahalanya dihadiahkan kepada arwah-arwah yang telah kembali ke Rahmatullah.
Jika tuan / puan yang berhajat untuk menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada orang yang telah kembali ke Rahmatullah, boleh mendaftar di pejabat ANNUR TRAVEL, bayaran perkhidmatan sebanyak RM10.00 seorang/arwah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Admin:-
+605-311 4500 (Pejabat)

Tuesday 10 March 2015

Perkhidmatan Badal Haji dan Umrah di sini!




Apakah maksud Upah Haji?
Upah haji merupakan ibadat haji bagi pihak orang lain. Harus dilakukan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu.

Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: 
"Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: 
''Tunaikanlah haji untuknya.'' (Riwayat Ahmad dan Nasai). 

Hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, malah wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut. Andainya ia tidak mempunyai kemampuan kewangan, maka tidak wajib ia mewakilkan kepada orang lain. 


Tahukah anda ?

Dalam masyarakat Melayu sering menyebut mengenai upah haji atau biasanya disebut badal haji adalah termasuk dalam kategori kedua. Iaitu ia berkemampuan mengerjakan haji dari segi kewangan dan syarat-syarat wajib yang lain tetapi tidak sempat melakukan ibadah haji kerana meninggal dunia atau mengalami keuzuran yang tidak memungkinkannya mengerjakan sendiri ibadah haji tersebut. Dalam kes sebegini, Islam mengharuskan ibadah hajinya dikerjakan oleh orang lain dengan pembiayaannya diambil daripada harta si mati atau orang yang mengalami keuzuran tersebut.


Syarat Badal Haji :
Orang Muslim yang hendak menunaikan Haji bagi orang lain perlulah mengikuti syarat-syarat yang berikut:
  • Terlebih dahulu, dia telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada perasaan was-was terhadap ibadah Hajinya yang terdahulu.
  • Hanya menunaikan Haji untuk seorang sahaja pada sesuatu musim Haji.
  • Ia hendaklah berniat ihram, lantas berihram sama ada: di Miqat orang yang hendak dihajikannya atau; di Miqat yang sama jauh dengn Miqat orang yang hendak dihajikan olehnya atau; di Miqat yang telah ditentukan kepadanya oleh penyuruh pelaksanaan Haji, tetapi jika segala di atas tidak ditentukan kepadanya, bolehlah baginya berihram di mana-mana Miqat yang dirasakan mudah baginya.
  • Orang yang yang menunaikan Haji Badal perlulah seorang yang telah akil baligh.









_ _  _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


ANDA BERMINAT ?

Hubungi kami di talian 05-311 4500

Malah, anda juga akan menerima cenderahati dari pihak ANNUR TRAVEL!
















Sunday 8 March 2015

Jom Melawat Aceh selepas Tsunami !


Masjid Baitulrahman
Masjid Baitulrahman kini menjadi tarikan pelancong yang melawat ke bandar Acheh. Masjid ini merupakan lambang kebanggaan bagi warga Acheh kerana masih tersergam indah dan hanya mengalami sedikit kerosakan semasa tsunami 2004 walaupun di rempoh gelombang setinggi 21 meter. 

Taman Putro Phang
Taman Putro Phang adalah sebuah taman bermain pada masa kerajaan Sultan Iskandar Muda, untuk isterinya yang berasal dari Tanah Melayu. Pada taman ini terdapat beberapa tempat  seperti gunongan, sebuah taman lengkap dengan pemandiannya dan juga sebuah ruang makan khusus untuk menjamu para tamu



Ulele
Ulele kini merupakan tempat bersejarah dan mejadi tarikan pelancong setelah berlakunya peristiwa Tsunami yang telah melanda di Acheh pada tahun 2009 yang lalu. Disini, anda dapat melihat sebuah kapal besi Letrik Apung yang terdampar lebih 4km disini.




Rumah Acheh

Rumah Acheh merupakan rumah tradisional yang menyimpan segela artifak-artifak tradisional serta rekabentuk rumah acheh yang unik menarik, menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi Rumah Acheh ini.


Museum Tsunami Acheh
Museum Tsunami Aceh, di Banda Aceh, Indonesia, adalah sebuah museum yang dirancang sebagai monumen simbolik untuk bencana gempa bumi dan tsunami Samudra Hindia pada tahun 2004 yang lalu. Museum ini juga merupakan pusat pendidikan dan tempat perlindungan darurat andai tsunami terjadi lagi.




Desa Lampulo
Setelah berlakunya Tsunami dengan ketinggian 20 meter, kampung Desa Lampulo kini menjadi tarikan pelancong , kerana terdapat sebuah kapal yang berada di atas atap rumah penduduk tersebut. Kapal ini juga mejadi penyelamat bagi mangsa-mangsa banjir pada ketika itu.



Makam Sheih Abdul Rauf

Sheikh Abdul Rauf merupakan seorang ulama besar semasa zaman pemerintahan empat orang Ratu Aceh. Beliau dimakamkan di tepi pantai Syiah Kuala yang tidak jauh dari pusat Kota Banda Aceh.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  __  _ _ _ _ _ _ 


BERMINAT ?

Jom melawat ke Aceh Selepas Tsunami 

bersama kami



Pakej Penuh (4H3M)

Hotel 3* @setaraf (Bilik Berdua)

Berminat .? Hubungi kami di talian berikut untuk maklumat lebih lanjut. !!!

ANNUR TRAVEL & TOURS SDN BHD
Email : annur_travel@yahoo.com
+6019-5224153 (Ina)
+605-311 4500 (Pejabat)