Wednesday 21 January 2015

ARTIKEL: Jelajah Turki



Turki ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia dan oleh itu, menyebabkan Turki merupakan sebuah negara rentas benua.




Pamukkale, Turki
Pamukkale ertinya istana kapas, dan juga telah dipanggil istana putih kerana keputihan yang luas yang disebabkan oleh kepekatan tinggi calcite yang di dalam air. Travertine deposit sedimen telah mencipta teres putih, air terjunPetrified dan hutan mineral yang membentuk landskap. 17 mata air panasyang dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Kawasan yang indahPamukkale, Turki, telah digunakan sebagai spa penyembuhan selama beribu-ribu tahun. Sifat-sifat penyembuhan kawasan menarik orang dari seluruh, danorang-orang Rom membina kota kuno daripada Hieropolis sana. Untuk membantu memelihara kawasan itu, hotel dan jalan akses telah diambil dan kolam buatan manusia yang dicipta untuk membantu dalam memeliharakeindahan alam semula jadi Pamukkale.




Masjid Sultan Ahmad, Turki

Masjid Sultan Ahmed merupakan masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi kawasan kubur dan sebuah madrasah. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.



Masjid Dolmabahce
Pembinaan masjid ini yang pada asalnya disokong oleh Bezm-i Alem Valide Sultan. Selepas dia meninggal dunia, Sultan Abdulmecid, anaknya, terus menyokong pembinaan masjid. Apabila disiapkan pada tahun 1855, ia telah dibuka untuk perkhidmatan ibadah. Kini Masjid Dolmabahce menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan reka bentuk senibina masjid tersebut.




STADIUM TENTERA LAUT /Deniz Muzesi, Canakkale, Turki


Muzium tentera ini berada berdekatan dengan Canakkale Waterfront. Muzium perang ini tutup pada setiap hari khamis. Pengunjung dibenarkan untuk mengunjungi dan melihat kawasan luar muzium ini yang menempatkan pelbagai arca, patung-patung pejuang turkey, bom-bom, jentera, mesin bom, kereta kebal dan pelbagai lagi alatan perang yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan perang-perang yang lain



Canakkale, Waterfront
Canakkale Waterfront merupakan pusat tumpuan pelancong di Bandar Canakkale. Hampir semua tempat-tempat menarik di bandar Canakkale berada di sini dan berdekatan dengan Canakkale Waterfront. Di sini anda dapat melihat pelbagai aktiviti masyarakat setempat seperti memancing ikan, bersantai-santai sambil minum teh panas, ada juga yang berjalan-jalan bersama keluarga dan yang paling menarik ialah budaya memberi makanan kepada burung-burung yang bebas berterbangan. Tidak kira tua ataupun muda, remaja ataupun kanak-kanak kelihatan mereka gemar memberi burung-burung ini makanan.




Trojan Horse
Patung kuda Trojan yang besar ini merupakan patung yang digunakan oleh Brad Pitt dalam filem hollywood terkenal, filem Troy. Ianya terletak betul-betul ditengah Canakkale Waterfront dan berhampiran dengan Ferry Harbour.




Cappadocia
Muka bumi daerah Cappadocia di Nevsehir, yang terletak dalam wilayah tengah Anatolia, dipenuhi dengan formasi batu-batuan yang disebut sebagai "fairy chimneys" serta gua-gua dan warisan sejarah yang unik. Ia sangat terkenal dengan lanskap yang seakan-akan muka bumi bulan yang unik, bandar-bandar bawah tanah, gereja-gereja dan rumah-rumah yang diukir daripada gua-gua di situ. Anda akan dapat menyaksikan lanskap yang cantik dan gunung-ganang dari udara setinggi 700 meter di udara tanpa enjin, dengan menaiki belon panas yang cukup terkenal bagi pengunjung yang mengunjungi Cappadocia.





Monday 19 January 2015

ARTIKEL : Lost World of Tambun





Lost World of Tambun terletak di kawasan bandar Ipoh. Ia merupakan salah satu Taman Tema yang terbesar di Malaysia dan dikelilingi banjaran batu kapur semula jadi yang berusia lebih 400 juta tahun. Taman tema ini telah dibina di kawasan bukit batu kapur dengan panaroma alam semulajadi yang menarik.



Berikut merupakan lokasi di dalam Taman Tema Air di Lost World of Tambun:




Bermandi-manda di Water Park yang luas dengan Tube Raiders, Cliff Racer,
 Jungle Wave Pool dan macam-macam lagi




Tambah keseronokkan bermain Dragon Flights di Amusement Park ala-ala
Mini Genting Highlands




Berpeluang memberi makanan kepada haiwan di Lost World Petting Zoo





Berjumpa 'si belang' yang garang di Lost World Tiger Valley and Tin Valley  




Lost World Hot Spring & Spa menjanjikan ketenangan dan
memeberi kesihatan yang semula jadi kepada tubuh


Lost World of Tambun ditutup pada setiap hari Selasa , kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

WAKTU BEROPERASI :

DIBUKA , ISNIN HINNGA JUMAAT                                   : 11:00am till 6:00pm
HUJUNG MINGGU, CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM     : 10:00am till 6:00pm


LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA BY NIGHT

Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 3:00pm till 11:00pm

Sunday 18 January 2015

ARTIKEL: Taman Rekreasi Gunung Lang




 Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Jajaran Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah Lembah Kinta dan merupakan kawasan rekreasi yang terletak di utara Bandaraya Ipoh Ianya boleh di masuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar.





Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara.




Pembangunan ini merangkumi komponen laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Kawasan ini telah berjaya menampung kehendak penduduk kawasan bandaraya Ipoh serta menjadi tumpuan pelancong sebagai ‘stop over point’ laluan Lebuh raya Utara Selatan.





Cara ke sana
  • Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.

  • Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.



Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.



Tuesday 6 January 2015

PAKEJ HONEYMOON 2015



Nikmati kenangan terindah bersama yang tersayang
dengan harga yang berpatutan !

Ikuti Pakej kami di Lombok , 3 Hari 2 Malam ( GROUND )
HARGA dari RM 1 280




Monday 5 January 2015

PAKEJ PERCUTIAN 2015 !




INGIN MELANCONG ?

Kini Annur Travel menawarkan Pakej Percutian selama
3 Hari 2 Malam di Medan, Lake Toba dengan

HARGA DARI RM 970 !
Hubungi kami sekarang !








Thursday 1 January 2015

Salam Maulidur Rasul


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Akan tiba "hari kelahiran nabi kita"
'MUHAMMAD SAW'
'TAHUN 1436 Hijrah'
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
 

Tarikh dan Tema sambutan Maulidur Rasul 2015/ 1436H di Malaysia. Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H. Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah adalah hari bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Suasana di Madinah Al-Munawwarah

Madinah al-Munawwarah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.
Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.


Saksikan dua video yang dapat kami kongsikan bersama anda mengenai
keindahan suasana di Madinah Al-Munawwarah. 


 

Suasana pada waktu malam di Madinah  Al- Munawwarah
dengan keindahan alunan azan .Anda juga dapatkan
saksikan menara jam yang berlampu 
pada waktu malam.


 

Keindahan suasana di kawasan sekitar 
Madinah Al-Munawwarah.  


  Cipta kenangan bersama kami di Annur Travel.