Monday 28 March 2016

Kelebihan Bulan Syaaban


Bulan Sya’ban adalah bulan di mana amalan hamba diangkat kepada Allah SWT, bulan di mana Allah merahmati orang yang memohon kerahmatan dan mengampuni dosa orang yang memohon keampunan. Inilah bulan di mana Allah membebaskan sejumlah hamba daripada api neraka dalam jumlah yang tidak terhitung (yang hanya diketahui oleh Allah).

Usamah bin Zaid melaporkan bahawa Nabi SAW telah ditanya oleh seorang sahabat: “Ya Rasulullah! Aku tidak melihat engkau banyak berpuasa pada bulan-bulan lain kecuali bulan Sya’ban. Lalu Nabi SAW menjawab: “Inilah bulan ramai orang yang melupainya yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Iaitu bulan yang diangkat amalan manusia kepada Allah. Oleh itu aku amat suka jika amalku diangkat kepada Allah ketika aku sedang berpuasa"(Nasa’i)

Dari Aisyah r.a berkata: 
“Tiadalah bulan yang banyak Rasulullah berpuasa melainkan bulan Sya’ban”.
 (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)

Daripada Aisyah r.a berkata:

Rasul SAW telah bangun pada satu malam. Lalu baginda menunaikan solat dan sujud. Nabi telah sujud dengan begitu lama sehingga aku menyangka bahawa baginda telah mati. Bila aku lihat demikian aku segera bangun dan mengerakkan jari-jemarinya. Lalu jarinya bergerak-gerak (tanda masih bernyawa). Aku kembali ke tempat tidur dan aku terdengar baginda berkata-kata dalam sujudnya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kemurkaanMu dengan mendapat keredaanMu, aku berlindung dari balasan siksaanMu dengan memperolehi keselamatanMu, aku berlindung denganMu yang memiliki semulia-mulia pujian yang tidak mampu dihitung untukMu sebagaimana aku panjatkan setinggi-tinggi pujian ke atasMu”. Selepas baginda memberi salam, baginda berkata kepadaku: Wahai Aisyah, adakah kamu menyangka bahawa Rasul SAW telah musnah (mati)?”. Aku katakan: “Tidak, demi Allah ya Rasulullah. Tetapi aku menyangka kamu telah mati (lantaran terlalu lama sujud dan tidak bergerak). Lalu Nabi bersabda: “Adakah kamu tahu apakah malam ini?”. Aku menjawab: “Allah dan rasulNya lebih mengetahui”. Rasul bersabda: “Inilah malam Nisfu Sya’ban, yang Allah kurniakan kepada hambaNya, 

Allah berfirman: “Ketahuilah, orang yang memohon keampunan pastilah Aku ampuni dosanya, orang yang meminta sesuatu pastilah Aku berikannya, orang yang berdoa pastilah Aku perkenannya dan para pendengki dilambatkan kejahatanyan seperti yang diinginkan”. (Baihaqi dengan sanad yang baik)

Selain bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, bulan Sya’ban juga terkandung keberkatan seperti yang telah disebutkan oleh Nabi SAW bahawa bulan ini ramai orang yang melupakan tentang kelebihannya. Justeru dengan rahmat Allah telah menjadikan bulan Sya’ban turut mempunyai kelebihan dan fadilat yang tertentu. Oleh itu bagi hamba yang beriman sewajarnya berlumba-lumba mendapatkan keampunan dan pemeliharaan Allah di bulan ini. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana ramai orang yang lupa dan leka tentangnya. Golongan manusia seperti ini diseru supaya kembali menyedari tentang kelebihan bulan Sya’ban dan memperbaharui cita-cita serta kembali ke pangkuan Allah supaya memperolehi rahmat dan keampuannya. Moga dengan rahmat Allah itu segala dosa diampunkan dan kelak dibebaskan daripada siksaan api neraka.


PAKEJ UMRAH BULAN SYAABAN 2016



ASSALAMUALAIKUM


Mari menjalankan Ibadah Umrah pada bulan Syaaban bersama kami
Annur Travel & Tours!!!

Bulan Syaaban iaitu Bulan Lailatul Mubarakah atau bulan penuh rahmat dan keberkatan

JOM BERSAMA KAMI, KITA RAIKAN DI TANAH SUCI MEKAH & MADINAH

Harga dari RM 6730

Jangan lepaskan peluang anda untuk menunaikan ibadah Umrah bersama kami

Hubungi kami sekarang untuk mendaftar



Wednesday 16 March 2016

PROMO MATTA FAIR 2016




PROMOSI MATTA FAIR 2016!!


JOM MELANCONG BERSAMA ANNUR TRAVEL & TOURS!!!

Pelbagai pakej menarik yang kami tawarkan dengan
POTONGAN HARGA SEHINGGA RM 300



BERMINAT??
Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti
TEMPAH PAKEJ SEGERA SEHINGGA 30 MAC 2016