Tuesday 10 February 2015

Kursus Pakej Umrah Musim Sejuk 2015



Pada 7 FEBRUARI 2015 yang lalu, Annur Travel telah mengadakan Kursus Umrah untuk peserta Pakej Umrah kami yang bertarikh 23 Februari hingga 6 Mac 2015. Kursus ini dijalankan di pejabat Annur Travel & Tours Sdn. Bhd bagi peserta yang berada di Ipoh.


Peserta telah mula berkumpul seawal jam 8.30 pagi di Annur Travel. Kursus ini bermula pada jam 9.00 pagi, dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan kami iaitu Haji Othman dan diikuti penceramah bagi kursus ini iaitu Ustaz Mohd Zaki Bin Che Deraman. Beliau adalah salah seorang wakil kami yang akan membawa peserta pakej umrah jika beliau ada kelapangan. Peserta diberi masa satu jam untuk berehat dan minum pagi sebelum sambung mengikuti kursus. Kursus selesai pada jam 12.30 tengahhari. 

 Ustaz Mohd Zaki Bin Che Deraman



Tuan Haji Othman bersama peserta kursus Umrah 

Peserta kursus Umrah pada Sabtu lalu 7 Februari 2015


Setelah tamat program Kursus Umrah, peserta-peserta berkumpul untuk mengambil gambar bersama sebagai kenangan megikuti Kursus Umrah bersama Annur Travel. Syukur Alhamdulillah Kursus Umrah selesai dengan jayanya.Berikut merupakan serba sedikit Panduan  Umrah yang dibincangkan di dalam kursus;

Terdapat 10 Amalan yang digalakkan semasa di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
1- Niat
2 -Selawat atas nabi
3 -Tanah Haram / Tanah suci
4 -Doa masuk kota madinah
5 -Doa masuk kota makkah
6 -Masuk masjid langkah kaki kanan dan baca doa
7 -Niat iktikaf
8 -Sembahyang sunat tahyatul masjid
9 -Ziarah makam Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar r.a
10-Keluar masjid langkah kaki kiri dan baca Doa

Tertib Pelaksanaan Umrah
1.   Membersihkan Diri dan mandi sunat Ihram di hotel
2.   Solat sunat ihram di bir ali / tempat Miqat
3.   Lafaz niat umrah di miqat
4.   Menjaga perkara-perkara larangan dalam ihram
5.   Talbiah
6.   Selawat sebelum berhenti Talbiah
7.   Doa memasuki tanah haram dan kota mekah
8.   Doa melangkah masuk masjidil haram
9.   Apabila melihat ka'abah / baitullah - Takbir
10. Doa selepas takbir melihat ka'abah
11. Doa semasa menuju  hajar aswad.
12. Niat tawaf umrah
13. Istilam hajar aswad ( kucup tapak tangan )
14. Tawaf 7 pusingan dengan penuh yakin dan berdoa.
15 .Istilam di rukun yamani ( melambai tangan )
16. Doa antara rukun yamani dengan rukun hajar aswad
17. Solat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim
18. Doa selepas solat sunat tawaf 
19. Minum air zam-zam
20. Doa menuju bukit safa
21. Di atas bukit safa mengadap kiblat dan berniat Sa'ie
22. Selepas nait sa'ie ,angkat kedua-dua belah tangan hingga paras  
      telinga sambil melambai ucapkan.
23. Sa'ie bermula dari bukit safa ke Bukit Marwah 7 kali dan    
      berakhir di Bukit Marwah.Baca doa , Tamat Sa'ie.
24. Berlari anak kepada jemaah lelaki di kawasan lampu hijau  
      sambil berdoa.
25. Mendaki setiap bukit safa atau marwah dengan baca doa.
26. Di atas bukit marwah, mengadap kiblat ,angkat kedua-dua belah tangan
      hingga paras telinga sambil melambai ucapkan.
27. Doa setelah tamat sa'ie.
28. Tahalul sambil berdoa.
29. Tertib

Terima Kasih diucapkan kepada peserta yang telah mempercayai kami untuk menyahut seruan baitullah di Tanah Suci dan menjalankan Kursus Umrah ini. 


Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: 
"Umrah ke umrah menghapus dosa antara keduanya, dan tidak ada pahala bagi haji mabrur kecuali surga." Muttafaq Alaihi.






No comments:

Post a Comment