Sunday 14 December 2014

PENGGEMBARAAN KAMI : Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia.


Pada 5 Disember hingga 8 Disember 2014 Annur Travel & Tours telah membuat pakej ke Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau Indonesia. Jikalau anda seorang kaki membeli-belah, pakej percutian 4 hari 3 malam ke Tanjung Balai Karimun ini amat sesuai untuk anda. Majoriti yang mengikut kami adalah daripada kumpulan PERDASAMA Perak.

Hari 1: Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak kami. Rombongan bertolak ke Jeti Kukup, Johor untuk menaiki feri ke Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau. 

Hari 2: Sampai di Tanjung Balai Karimun rombongan di sambut oleh wakil kami di sana untuk ke hotel dan check-in. Rombongan di beri 'free-time' untuk shopping di sekitar hotel dan berkumpul semula pada malam hari untuk ke Coastal Area.

 
  


Bazar Pekan Tanjung Balai
membeli-belah di Pekan Tanjung Balai

Pengalaman yang best di sini kami dapat menaiki bas Tanjung Balai yang lain daripada yang lain kerana keunikannya. Di Tanjung Balai Karimun tiada bas seperti di Malaysia. 



Hari 3: Selepas sarapan pagi di hotel, rombongan kami dibawa ke Pasar Puan Maimun untuk membeli-belah dan kemudian dibawa ke Pantai Palawan untuk melawat sambil menangkap gambar kenangan. Kemudian kami dibawa ke Masjid Agung Tanjung Balai untuk solat Zuhur dan ke Kantor Bupati Karimun iaitu pejabat daerah di sana. Makan tengah hari di Rumah Makan Purnama. Kemudian rombongan balik ke hotel dan diberi 'free-time' dan berkumpul semula untuk makan malam di Hotel Royal.

Pasar Puan Maimun
 Membeli-belah di sini 'syokkkk' kerana harga yang  murah dan barangan yang tiada di Malaysia.



 Pantai Palawan

Masjid Agung Karimun

Kantor Bupati Karimun


Hari 4: Sarapan pagi di hotel dan berkumpul untuk ke Pelabuhan Tanjung Balai Karimun untuk pulang ke Malaysia. Setelah sampai di Malaysia rombongan di bawa ke Tanjung Piai untuk melihat mercu tanda tempat paling selatan Benua Asia. Kemudian ke JPO 'Johore Premiun Outlet' dan ke Air Hitam untuk membeli belah sebelum pulang ke Perak.




Tiada gambar di Johor Premium Outlet kerana kesibukan rombongan bershopping sakan di JPO kerana 'sale' sempena  hari Krismas yang semakin dekat.


(Boleh lihat gambar-gambar rombongan di facebook Annur Travel & Tours)


1 comment: