Wednesday 25 February 2015

MAGIKNYA AIR ZAM ZAM

MOLEKUL AIR ZAM ZAM


 Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Sebanyak 500 orang ahli sains telah mengaku akan keajaiban air zam zam setelah menyelidiknya namun air zam zam adalah air yang paling berkhasiat di muka bumi Allah S.W.T ini. SUBHANALLAH !

FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
  •  Air zam zam tidak akan pernah habis di bumi Makkah !
  •  Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  •  Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
  • Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.- Antara mata air syurga.
  •  Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  •  Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  •  Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar)





Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Perbezaan air zam-zam  dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.




Adab ketika minum air zam-zam
oleh sebahagian Fuqaha :

  1. Menghadap kiblat,
  2. Membaca Bismillah sebelum minum.
  3. MInum air zamzam ketika duduk.
  4. Minum air zam-zam dengan niat ikhlas.
  5.  Jangan minum dengan sekali teguk sehingga habis
  6. Minum sebanyak tiga kali dan diselangi bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi.
  7. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, melihat ke arah Kaabah/kiblat.
  8. Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
  9. Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah).
  10. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Umat Islam percaya bahawa air zam-zam adalah kurniaan dan rahmat dari Allah سبحانه وتعالى.  Air zam-zam mampu menghilangkan dahaga dan kelaparan. Itulah sebabnya jemaah umrah dan haji disunatkan meminum air zam-zam sepuas-puasnya terutama selepas melakukan Ibadah Tawaf.


Sesungguhnya Rasulullah  ada bersabda: 
“Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zam-zam.” 
 (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


 Berminat untuk membeli AIR ZAM ZAM ?

 10 liter - RM 120.00
   5 liter - RM 70.00
  1  liter - RM 22.00
500 ml  - RM 12.00
200 ml  - RM 5.00
120 ml  - RM  3.50

HUBUNGI KAMI DI TALIAN 05-311 4500    





No comments:

Post a Comment