Thursday 26 February 2015

SWEET LONDON & PARIS


Trafalgar Square London
Trafalgar Square merupakan kawasan yang menarik untuk dikunjungi. Trafalgar Square merupakan laman di Raja pada suatu ketika dahulu, sebelum dipindahkan ke Buckingham. Kawasan ini telah wujud hampir 200 tahun. Sejak dibuka kepada awam, ia menjadi tempat demonstrasi, perhimpunan dan menjadi daya tarikan yang terulung di Kota London, dan pastinya tempat si burung merpati. 



PICCADILLY CIRCUS LONDON

Piccadilly adalah sebuah jalan utama di London, memanjang dari Hyde Park Corner di barat ke Piccadilly Circus di timur. Kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah dan juga tempat untuk melepak bagi mereka yang ingin menghilangkan rasa penat bekerja. Piccadilly Circus dikelilingi oleh beberapa tarikan pelancong seperti tugu peringatan Shaftesbury, Criterion Theatre, London Pavilion dan beberapa gedung runcit utama.



London Central Mosque London

London Central Mosque atau dikenali juga sebagai Regent’s Park Mosque atau Islamic Cultural Centre sama ada untuk iftar dan juga untuk bersolat jamaah serta membuat rujukan di perpustakaannya. Masjid ini merupakan masjid terbesar di kota London dan berhampiran sebuah taman, the Regent’s Park. Berada di masjid ini membuatkan hati merasa tenang dan tenteram.. Berbanding masjid lain yang ada di sini, masjid inilah yang agak besar dan cantik.



BICASTER VILLAGE LONDON
Bicester Village adalah tempat shopping barangan mewah dari designer yang off season di UK. Selain tu para peminat designer handbags/kasut/baju branded yang berharga beribu pasti teruja kerana anda bakal mendapat diskaun sehingga 60%. Terdapat lebih 130 outlet disini. Peminat-peminat handbag pasti akan teruja!


LOUVRE MUSEUM PARIS

Louvre Museum atau dipanggil Musée du Louvre antara tempat paling menarik di dunia. Museum atau istana ini dibangunkan sekitar tahun 1990 ketika pemerintahan King Phillip II dan Pyramid dibangunkan pada tahun 1983 oleh Presiden France dengan menggunakan bahan kaca dan metal. Museum ini dijadikan museum nasional pada tahun 1793. Paling menariknya ialah anda dapat melihat lukisan Monalisa karya Leonardo Da Vinci, koleksi King Louis XIII yang original disini !




PLACE DES VOSGES PARIS

Place des vosges merupakan kawasan tarikan pelancong kerana ia merupakan kawasan peninggalan sejarah. Bangunannya yang masih teguh dan tersegam indah telah menjadi tumpuan para pelancong untuk berehat bersama keluarga tersayang sambil melihat keindahan landskap di kawasan sekelilingnya.



EIFFEL TOWER PARIS
Rugi kalau ke Paris jika tidak ke Eiffel Tower. Eiffel Tower sememangnya akan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya!. Tidak hairanlah jika Eiffel Tower ini menjadi tumpuan pasangan-pasangan yang hangat bercinta kerana pemandangan yang indah disekelilingya pasti akan menambahkan suasana romantis dikalangan pasangan-pasangan yang meluangkan masa disini. Lebih menarik lagi, pada waktu malam, sejam sekali mereka akan memainkan pertunjukkan cahaya, iaitu pada pukul 8.00pm, 9.00pm, 10.00pm, 11.00pm and 12 midnite dan anda berkesempatan untuk naik ke atas Eiffel Tower pada waktu malam untuk melihat kecantikan kota Paris dari atas.



PARIS GRAND MOSQUE

Kunjungi tempat menarik di Paris iaitu masjid terbesar di Eropah barat iaitu Paris Grand Mosque. Dilengkapi landskap yang menarik serta indah, dapat memberi ketenangan kepada pengunjung. Selain itu, dapat memberi keselesaan dan kedamaian pada pengunjung yang menunaikan solat disini.




GALERI LAFAYETTE
Galeri lafayette merupakan sebuah pusat membeli belah yang terkemuka di Paris! Anda boleh shopping banyak-banyak di sini. Selain itu, bangunannya yang menarik pada waktu malam, cukup memukau para pengunjung dan tidak sah jika tidak mengambil gambar. Jom shopping disini, semestinya puas hati =)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Berminat untuk melancong ke London & Paris?
Kami ada meyediakan pakej tersebut !

Hubungi kami di talian 05-311 4500 untuk maklumat lanjut .

Terima Kasih =)



Wednesday 25 February 2015

MAGIKNYA AIR ZAM ZAM

MOLEKUL AIR ZAM ZAM


 Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Sebanyak 500 orang ahli sains telah mengaku akan keajaiban air zam zam setelah menyelidiknya namun air zam zam adalah air yang paling berkhasiat di muka bumi Allah S.W.T ini. SUBHANALLAH !

FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
  •  Air zam zam tidak akan pernah habis di bumi Makkah !
  •  Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  • Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  • Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  •  Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.
  • Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.- Antara mata air syurga.
  •  Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  •  Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  •  Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  • Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  • Minuman orang mulia (al-abrar)





Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Perbezaan air zam-zam  dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.




Adab ketika minum air zam-zam
oleh sebahagian Fuqaha :

  1. Menghadap kiblat,
  2. Membaca Bismillah sebelum minum.
  3. MInum air zamzam ketika duduk.
  4. Minum air zam-zam dengan niat ikhlas.
  5.  Jangan minum dengan sekali teguk sehingga habis
  6. Minum sebanyak tiga kali dan diselangi bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi.
  7. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, melihat ke arah Kaabah/kiblat.
  8. Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
  9. Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah).
  10. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Umat Islam percaya bahawa air zam-zam adalah kurniaan dan rahmat dari Allah سبحانه وتعالى.  Air zam-zam mampu menghilangkan dahaga dan kelaparan. Itulah sebabnya jemaah umrah dan haji disunatkan meminum air zam-zam sepuas-puasnya terutama selepas melakukan Ibadah Tawaf.


Sesungguhnya Rasulullah  ada bersabda: 
“Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zam-zam.” 
 (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


 Berminat untuk membeli AIR ZAM ZAM ?

 10 liter - RM 120.00
   5 liter - RM 70.00
  1  liter - RM 22.00
500 ml  - RM 12.00
200 ml  - RM 5.00
120 ml  - RM  3.50

HUBUNGI KAMI DI TALIAN 05-311 4500    





Tuesday 24 February 2015

KOREA MEMANG ' DAEBAK '



Gyeongbokgung atau Kyongbok Palace merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon di Korea. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan. Paling menariknya ialah anda berkesempatan untuk menyaksikan majlis pengawal diraja pada  setiap jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang di hadapan pintu utama.





Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan. Kawasan ini merupakan kawasan yang terkenal di kalangan pelancong kerana anda berpeluang melihat sendiri rumah President Korea Selatan atau di kenali sebagai Korean Blue House dengan mata anda sendiri. Jangan lepaskan peluang anda untuk ke Korean Blue House.






National Folk Museum of Korea merupakan sebuah muzium yang terletak di halaman Istana Gyeongbok, Seoul, Korea Selatan. Muzium ini menyimpan lebih kurang 4000 artifak dan alat-alat yang digunakan oleh masyarakat Korea pada masa lalu hingga sekarang. Anda dapat saksikan contoh artifak yang terdapat di National Folk Museum seperti gambar di atas.





Cheonggyechon Stream merupakan salah satu tempat menarik di Korea yang merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul,namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah.  Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. . Pada awal November setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena Festival Tanglung Korea.





Trick Eye Museum merupakan lokasi pelancongan yang amat dikenali  apabila anda berada di sana. Tiket masuk ke sana hanyalah 13000 won (Rm 35). Trick Eye Museum ini sebenarnya adalah sebuah muzium interaktif dengan konsep baru yang merangsang kreativiti dan imaginasi otak dengan teknik penglihatan. Dalam gambar yang dipamerkan anda boleh bergambar dan anda sendiri menjadi subjek dalam gambar tersebut.. . 



Seoul N Tower merupakan tarikan utama di Korea. Anda juga dapat saksikan kunci-kunci cinta yang terdapat di sini.




Nami Island merupakan sebuah tarikan pelancongan dan disini juga pernah menjadi  lokasi pengambaran drama korea yang cukup terkenal iaitu Winter Sonata. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Nami Island.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


Berminat nak ke Korea? Jom sertai kami =)
  • Pakej Korea 6 Hari 4 Malam.
  • Harga Dari RM 3388.00  sahaja !
 Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami di talian 05- 311 4500.
Terima kasih =)



Monday 16 February 2015

Happy Chinese New Year 2015 ! 'The Year of GOAT'


Annur Travel mengucapkan
 Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
 kepada seluruh rakyat Malaysia.


Thursday 12 February 2015

Makanan- Makanan 'Famous' di Perak



MAKANAN MENARIK DI  NEGERI PERAK
Tahukah anda negeri Perak mempunyai makanan yang menarik ?


Perak sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.



Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.



Selain itu, di Ipoh juga terdapat makanan masyarakat India yang terkenal di seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. 




Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung di Ipoh.




Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Jah. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar.




Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. 






Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang atau ketupat, dan lebih-lebih lagi makanan ini sering dihidangkan semasa menyambut  Hari Raya Aidilfitri.

Akhir kata, Negeri Perak sememangnya mempunyai makanan-makanan yang enak untuk dirasai.
Moh le ke Perak ! Anda pasti teruja !

Tuesday 10 February 2015

Kursus Pakej Umrah Musim Sejuk 2015



Pada 7 FEBRUARI 2015 yang lalu, Annur Travel telah mengadakan Kursus Umrah untuk peserta Pakej Umrah kami yang bertarikh 23 Februari hingga 6 Mac 2015. Kursus ini dijalankan di pejabat Annur Travel & Tours Sdn. Bhd bagi peserta yang berada di Ipoh.


Peserta telah mula berkumpul seawal jam 8.30 pagi di Annur Travel. Kursus ini bermula pada jam 9.00 pagi, dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan kami iaitu Haji Othman dan diikuti penceramah bagi kursus ini iaitu Ustaz Mohd Zaki Bin Che Deraman. Beliau adalah salah seorang wakil kami yang akan membawa peserta pakej umrah jika beliau ada kelapangan. Peserta diberi masa satu jam untuk berehat dan minum pagi sebelum sambung mengikuti kursus. Kursus selesai pada jam 12.30 tengahhari. 

 Ustaz Mohd Zaki Bin Che Deraman



Tuan Haji Othman bersama peserta kursus Umrah 

Peserta kursus Umrah pada Sabtu lalu 7 Februari 2015


Setelah tamat program Kursus Umrah, peserta-peserta berkumpul untuk mengambil gambar bersama sebagai kenangan megikuti Kursus Umrah bersama Annur Travel. Syukur Alhamdulillah Kursus Umrah selesai dengan jayanya.Berikut merupakan serba sedikit Panduan  Umrah yang dibincangkan di dalam kursus;

Terdapat 10 Amalan yang digalakkan semasa di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
1- Niat
2 -Selawat atas nabi
3 -Tanah Haram / Tanah suci
4 -Doa masuk kota madinah
5 -Doa masuk kota makkah
6 -Masuk masjid langkah kaki kanan dan baca doa
7 -Niat iktikaf
8 -Sembahyang sunat tahyatul masjid
9 -Ziarah makam Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar r.a
10-Keluar masjid langkah kaki kiri dan baca Doa

Tertib Pelaksanaan Umrah
1.   Membersihkan Diri dan mandi sunat Ihram di hotel
2.   Solat sunat ihram di bir ali / tempat Miqat
3.   Lafaz niat umrah di miqat
4.   Menjaga perkara-perkara larangan dalam ihram
5.   Talbiah
6.   Selawat sebelum berhenti Talbiah
7.   Doa memasuki tanah haram dan kota mekah
8.   Doa melangkah masuk masjidil haram
9.   Apabila melihat ka'abah / baitullah - Takbir
10. Doa selepas takbir melihat ka'abah
11. Doa semasa menuju  hajar aswad.
12. Niat tawaf umrah
13. Istilam hajar aswad ( kucup tapak tangan )
14. Tawaf 7 pusingan dengan penuh yakin dan berdoa.
15 .Istilam di rukun yamani ( melambai tangan )
16. Doa antara rukun yamani dengan rukun hajar aswad
17. Solat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim
18. Doa selepas solat sunat tawaf 
19. Minum air zam-zam
20. Doa menuju bukit safa
21. Di atas bukit safa mengadap kiblat dan berniat Sa'ie
22. Selepas nait sa'ie ,angkat kedua-dua belah tangan hingga paras  
      telinga sambil melambai ucapkan.
23. Sa'ie bermula dari bukit safa ke Bukit Marwah 7 kali dan    
      berakhir di Bukit Marwah.Baca doa , Tamat Sa'ie.
24. Berlari anak kepada jemaah lelaki di kawasan lampu hijau  
      sambil berdoa.
25. Mendaki setiap bukit safa atau marwah dengan baca doa.
26. Di atas bukit marwah, mengadap kiblat ,angkat kedua-dua belah tangan
      hingga paras telinga sambil melambai ucapkan.
27. Doa setelah tamat sa'ie.
28. Tahalul sambil berdoa.
29. Tertib

Terima Kasih diucapkan kepada peserta yang telah mempercayai kami untuk menyahut seruan baitullah di Tanah Suci dan menjalankan Kursus Umrah ini. 


Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: 
"Umrah ke umrah menghapus dosa antara keduanya, dan tidak ada pahala bagi haji mabrur kecuali surga." Muttafaq Alaihi.






Sunday 1 February 2015

Tempat - Tempat Menarik di Palestin



بسم الله الرحمن الرحيم 

Tahukah anda bahawa negara timur tengah kebanyakannya terkenal
dengan sejarah-sejarah Islam dan keunikan yang tersendiri pada suatu ketika dahulu?

Kali ini, di Annur Travel, anda akan dapat mengetahui keunikan 
negara timur tengah yang tersembunyi !


MASJID AL-AQSA
Diatas ini merupakan masjid Al Aqsa atau dikenali sebagai masjid Baitul Maqdis yang merupakan salah satu dari 3 masjid yang paling bersejarah bagi umat Islam setelah Masjidil Haram di Makkah serta Masjid Nabbawi di Madinah, dan didalamnya terdapat sebuah batu yang sangat berharga kerana ia merupakan tempat pijakan Rasulullah Muhamad SAW. Masjid ini juga terkenal dikalangan pelancong-pelancong  yang melawati bumi Palestin.



LAUT MATI



Tahukah anda bagaimana kawasan ini dinamakan sebagai laut mati? Laut Mati adalah daratan terendah di muka Bumi,  kerana air Laut Mati ini tidak boleh mengalir kemana-mana seperti tasik. Tidak heranlah jika sesiapa yang bermandi di laut mati ini akan mudah terapung kerana kandungan garamnya 9 kali lebih masin dari air laut biasa.Laut ini juga mampu mengubati penyakit kulit dan sangat elok bagi menyihatkan tubuh badan anda !




JERICHO, JORDAN

Anda pernah dengar mengenai kota ini? Kota Jericho, yang berada di Jordan ini merupakan kota TERTUA  di dunia iaitu berumur 10 000 tahun ! Kota ini mempunyai banyak sejarah dan  antara yang terkenal ialah mengenai sejarah peperangan antara orang beriman yang dipimpin oleh Nabi Yusyak a.s dengan seorang raja yang zalim.




GEREJA BETHLEHEM




Uniknya Gereja Katolik ( GEREJA BETHLEHEM ) kerana gereja ini merupakan gereja kekristenan yang tertua didunia ! Gereja ini juga dikenali sebagai " Church of Nativity" yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa as.



KOTA PETRA

Kota Petra merupakan KOTA SEMULAJADI yang telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh British Broadcasting Corporation (BBC) sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati".Gunung ini mencecah ketinggian sekitar 1.4 kilometer di atas permukaan laut !





CASTLE KARAK
Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib dan telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi . Kota ini juga merupakan bandar bertembok . Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan .Oleh kerana kota istana ini terkenal disebabkan peristiwa sejarahnya, ramai pelancong kerap mengunjungi istana ini untuk melihat suasana luar dan dalam setelah berlaku peristiwa sejarah itu! 




Sabda Rasullulah saw:

“ Jangan kamu memberat-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Ku ini dan Masjidil Aqsa “

( HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud )