Monday 29 December 2014

Well HELLO 2015!


Cipta Kenangan Percutian 2015 Anda bersama kami, Annur Travel & Tours

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
NANTIKAN PAKEJ-PAKEJ TAHUN 2015 YANG SEMESTINYA MEMIKAT HATI ! 


Thursday 25 December 2014

PENGGEMBARAAN KAMI: Krabi, Thailand



Kali ini Annur Travel telah membuat pakej ke Krabi, Thailand
pada 17 DIS 2014 sehingga 20 DIS 2014 sempena Bengkel Halatuju Zakat 2015
yang diadakan di Krabi, Thailand.



Antara tempat-tempat yang menarik yang dilawati oleh peserta :





TUP ISLAND

Pulau yang mempunyai pantai yang cukup cantik terutama apabila air laut surut.
Oleh itu, peserta dapat merasai ketenangan dan kedamaian yang tidak
terhingga serta mendapat kenangan manis yang cukup indah
untuk dibawa pulang !




Chicken Island

Bahasa Thai dipanggil Koh Kai sebab pulau ini seakan-akan seekor ayam
dan merupakan satu keunikan yang sememangya tidak ada di tempat lain dan
merupakan tarikan pelancong di Thailand untuk melihat Chicjen Island.



Poda Island

Koh Poda atau Pulau Poda adalah yang terbesar daripada semua
empat pulau kecil di Kepulauan Kumpulan Poda. Di sebelah timur, terdapat
pantai yang sepanjang satu kilometer dan deretan pokok pain.
Laut yang kebiruan dan sangat bersih dan cantik,sesuai untuk berenang dan berjemur.
Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling di utara dan timur pulau itu,
atau berkayak di sepanjang pantai dengan pemandangan yang indah !



Gua Phra Nang

Phra Nang Cave antara gua yang tercantik di Krabi.
Sebuah cerita mitos dipercayai oleh nelayan tempatan
menjadi rumah seorang puteri laut atau dewi.
Kuil itu terletak di dalam gua batu kapur yang didedikasikan
kepada dewi untuk kesuburan.


Tuesday 23 December 2014

PENGGEMBARAAN KAMI: Jakarta - Bandung, Indonesia


   
Kali ini Annur Travel telah membuat pakej ke Jakarta - Bandung pada 9 Disember 2014 penerbangan Garuda Airlines.
- - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
BERIKUT ADALAH KENANGAN MANIS DARI PESERTA KAMI ! =)


GAMBAR PESERTA DI TANGKUBAN PERAHU PAKEJ JAKARTA - BANDUNG

Tangkuban Perahu

Kunjungi kota Bandung untuk melihat sendiri gunung Tangkuban Perahu sepertimana yang terdapat dalam cerita lagenda mengenai Sangkuriang atau Dayang Sumbi dan anda semestinya akan tertarik dengan udaranya yang nyaman dan suasananya yang mendamaikan. Bandung sediri pula tetap dikunjungi ramai sehingga sekarang - pastinya kalau anda ingin membeli belah !


GAMBAR PESERTA DI TAMAN MINI INDONESIA
PAKEJ JAKARTA - BANDUNG.

TAMAN MIINI INDONESIA

Taman Mini Indonesia Indah (TMII) merupakan suatu kawasan taman wisata bertema budaya Indonesia di Jakarta Timur. Area seluas kurang lebih 150 hektar. Anda pasti teruja !
GAMBAR PESERTA DI MASJID ISTIQLAL
PAKEJ JAKARTA - BANDUNG

MASJID ISTIQLAL

Masjid Istiqlal adalah masjid negara Republik Indonesia yang terletak di pusat ibukota Jakarta. Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara..
SEBUAH DESTINASI YANG SEMESTINYA MENAKJUBKAN !

GAMBAR TUGU MONAS YANG TELAH DIAMBIL OLEH
PESERTA PAKEJ JAKARTA --BANDUNG 
TUGU MONAS
Monas atau Monumen Nasional merupakan icon kota Jakarta. Terletak di pusat kota Jakarta, menjadi  pusat pendidikan dan kunjungan yang menarik bagi warga Jakarta dan para pelancong.
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk kunjungi Tugu Monas bersama kami akan datang !
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


KUNJUNGI BLOG KAMI PADA SETIAP MASA UNTUK KETAHUI AKTIVITI KAMI & 
    PAKEJ 2015 AKAN DATANG !







Sunday 21 December 2014

UMRAH : Pakej DISEMBER 2014



Menunaikan Umrah semestinya impian setiap muslim. Menziarahi bumi Allah yang indah dan semestinya menunaikan ibadah dan menambahkan pahala. Annur Travel telah membuat dua pakej Umrah pada bulan ini ( Umrah Cuti Sekolah ); iaitu pada 18 - 27 Disember 2014  dan 21 Disember 2014 - 3 Januari 2015.

Lebih 25 peserta mengikuti pakej umrah kami pada 18 Disember 2014. Pada jam 1.30 petang kelihatan peserta-peserta kami memakai tag berwarna kuning memenuhi KLIA aras 5. Peserta umrah ini dibawa oleh ejen kami iaitu Ustaz Mohammad Yani Bin Md Saman dan menaiki penerbangan Yaman Airways pada jam 5.25 petang.

Gambar dibawah adalah antara kenangan manis dari peserta-peserta Umrah sebelum bertolak ke tanah suci.

Berdiri di tengah adalah pengasas Annur Travel & Tours; Tuan  Haji Othman
Tuan Haji Othman turut hadir bagi melancarkan lagi pengurusan perjalanan peserta menunaikan Umarah di Tanah Suci Makkah.


Peserta-peserta berkumpul untuk diberi penerangan sebelum berangkat


Pakej Umrah pada 21 Disember 2014, lebih kurang 40 peserta termasuk Tuan Haji Othman akan bergerak ke Jeddah pada jam 8.30 pagi untuk menunaikan Umrah. Kebanyakan peserta kami pada pakej ini adalah daripada Felda Lasah dan Perlop, Sungai Siput Perak. Pada jam 10.00 malam lagi bas kami menunggu peserta di Perlop, Sg Siput, kemudian bas menuju ke Felda Lasah untuk mengambil peserta yang lain dan terus ke KLIA untuk berlepas. 






KUNJUNGI BLOG KAMI PADA SETIAP MASA UNTUK MENGETAHUI AKTIVITI KAMI DAN PAKEJ 2015 AKAN DATANG!

Sunday 14 December 2014

PENGGEMBARAAN KAMI : Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia.


Pada 5 Disember hingga 8 Disember 2014 Annur Travel & Tours telah membuat pakej ke Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau Indonesia. Jikalau anda seorang kaki membeli-belah, pakej percutian 4 hari 3 malam ke Tanjung Balai Karimun ini amat sesuai untuk anda. Majoriti yang mengikut kami adalah daripada kumpulan PERDASAMA Perak.

Hari 1: Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak kami. Rombongan bertolak ke Jeti Kukup, Johor untuk menaiki feri ke Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau. 

Hari 2: Sampai di Tanjung Balai Karimun rombongan di sambut oleh wakil kami di sana untuk ke hotel dan check-in. Rombongan di beri 'free-time' untuk shopping di sekitar hotel dan berkumpul semula pada malam hari untuk ke Coastal Area.

 
  


Bazar Pekan Tanjung Balai
membeli-belah di Pekan Tanjung Balai

Pengalaman yang best di sini kami dapat menaiki bas Tanjung Balai yang lain daripada yang lain kerana keunikannya. Di Tanjung Balai Karimun tiada bas seperti di Malaysia. 



Hari 3: Selepas sarapan pagi di hotel, rombongan kami dibawa ke Pasar Puan Maimun untuk membeli-belah dan kemudian dibawa ke Pantai Palawan untuk melawat sambil menangkap gambar kenangan. Kemudian kami dibawa ke Masjid Agung Tanjung Balai untuk solat Zuhur dan ke Kantor Bupati Karimun iaitu pejabat daerah di sana. Makan tengah hari di Rumah Makan Purnama. Kemudian rombongan balik ke hotel dan diberi 'free-time' dan berkumpul semula untuk makan malam di Hotel Royal.

Pasar Puan Maimun
 Membeli-belah di sini 'syokkkk' kerana harga yang  murah dan barangan yang tiada di Malaysia.



 Pantai Palawan

Masjid Agung Karimun

Kantor Bupati Karimun


Hari 4: Sarapan pagi di hotel dan berkumpul untuk ke Pelabuhan Tanjung Balai Karimun untuk pulang ke Malaysia. Setelah sampai di Malaysia rombongan di bawa ke Tanjung Piai untuk melihat mercu tanda tempat paling selatan Benua Asia. Kemudian ke JPO 'Johore Premiun Outlet' dan ke Air Hitam untuk membeli belah sebelum pulang ke Perak.




Tiada gambar di Johor Premium Outlet kerana kesibukan rombongan bershopping sakan di JPO kerana 'sale' sempena  hari Krismas yang semakin dekat.


(Boleh lihat gambar-gambar rombongan di facebook Annur Travel & Tours)