Thursday, 20 August 2015

Tarikan Aceh Selepas Tsunami !


Segala puji-pujian bagi Tuhan sekalian Alam .

Banda Aceh antara destinasi terkenal dengan kesan-kesan tinggalan tsunami yang memberi impak besar terutamanya kepada penduduk kawasan itu sendiri. Kini hampir 11 tahun sejarah tersebut berlalu namun tidak pernah sekali dilupai.

Antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong seluruh negara ialah Masjid Baiturrahman.



Masjid yang berhampiran pantai ini menjadi saksi kepada beratus-ratus manusia yang berlindung dan menyelamatkan diri daripada pukulan ombak tsunami pada tanggal 26 Disember 2004.
Keadaan sekitar Masjid Raya Baiturrahman dahulu dan kini yang telah banyak berubah.




Selain itu, anda juga berpeluang menyaksikan sebuah kapal nelayan tersangkut di atas rumah 2 tingkat yang terletak di Desa Lampulo. Mangsa di atas kapal terkandas hampir 7 jam sementara menunggu air bah surut. Proses pemasangan bumbung merupakan satu langkah konservatif untuk menjaga artifak tinggalan tsunami.


  

Pembinaan Taman Putroe Phang mengukir sejarah hubungan erat Aceh dan Malaysia suatu ketika dahulu. Terdapat monumen Gunongan yang dibina sebagai pengubat rindu Putroe Phang terhadap tempat asalnya. Pinto Khop pula ialah gerbang kecil yang berkubah berperanan sebagai tempat istirahat Putroe Phang setelah mandi manda.


Seterusnya yang mencuri pandangan pelancong ialah Masjid Teuku Omar. Masjid ini mempunyai ciri-ciri budaya Aceh yang asli dan berbentuk kubah topi khas Teuku Omar yang merupakan pejuang negara menentang Belanda sewaktu era penjajahan.




Salah satu tarikan Banda Aceh juga ialah Rumoh Aceh yang terletak di Muzium Aceh. Kita juga dapat melihat Rumah ini unik dari segi pembahagian sudut ruangnya seperti ruang utama(rambat), serambi belakang(seuramoe likot), dan serambi bertangga(seuramoe reunyeun).

Rumoh Aceh dan Loceng Cakra Donya di Muzium Aceh

Muzium Tsunami memaparkan detik-detik ketika tsunami melanda. Lorong sempit semasa memasuki muzium ini memberi pengalaman kepada pengunjung untuk merasa gambaran sebelum tsunami melanda.



Jadikan Aceh sebagai destinasi pelancongan pilihan anda !
Berminat? Hubungi kami di +605-311 4500.

No comments:

Post a Comment