Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat, Indonesia. Apabila nak membeli barang yang murah serta berkualiti pasti semua akan teringatkan Bandung Indonesia! Bandung sudah lama terkenal sebagai tumpuan pelancong untuk ber'shopping'! Dari kain belum siap yang pelbagai corak dan warna hingga ke pakaian yang berjenama semuanya ada di Bandung Indonesia!
Heritage & Cascade Factory Outlet
Rumah Mode dan Mode Plus juga factory outlet yang sangat terkenal di Bandung. Pakaian yang berkualiti dengan harga yang berpatutan boleh didapati di sini. Bagi yang gemar membeli kasut pasti akan menjadi teruja dengan kasut yang terdapat di Donatello factory outlet ini. Pilihan yang banyak dan pastinya cantik! Pasti teruja!
Seterusnya, tempat terkenal di Bandung Indonesia juga ialah Lembang Floating Market. Di Lembang Floating Market anda dapat menikmati keindahan tasik Lembang disamping menikmati makanan tempatan yang dijual disitu. Cuaca yang sejuk dan kecantikan taman ini menjadikan tempat ini tumpuan kepada pelancong asing!
Terdapat meja untuk pengunjung menikmati makanan yang dijual.
Saung Angklung Mang Udjo!
Apa yang menarik di Bandung juga ialah persembahan Angklung oleh penduduk Bandung! Pelancong dapat melihat tarian tradisional dan juga dapat melihat persembahan angklung oleh mereka!
Pasar Baru Trade Center
Siapa yang tidak kenal dengan Pasar Baru! Terletak di pekan Bandung yang sentiasa sesak dengan pengunjung tidak kira dari luar negara atau dalam negara. Pasar Baru terkenal dengan barang yang pelbagai seperti makanan ringan, telekung, tekstil, pakaian, tudung dan juga pelbagai kedai yang lain dengan harga tawar menawar yang lebih murah!
Toko Tiga
Bagi penggemar jeans pasti akan teruja ke Toko Tiga. Sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis jeans berjenama dari lelaki ke perempuan. Harganya lebih murah berbanding Malaysia menyebabkan ia menjadi tarikan utama disini. Setelah membeli jeans di Toko Tiga, pelancong juga mendapat kechain free!
No comments:
Post a Comment