Sunday, 1 February 2015

Tempat - Tempat Menarik di Palestin



بسم الله الرحمن الرحيم 

Tahukah anda bahawa negara timur tengah kebanyakannya terkenal
dengan sejarah-sejarah Islam dan keunikan yang tersendiri pada suatu ketika dahulu?

Kali ini, di Annur Travel, anda akan dapat mengetahui keunikan 
negara timur tengah yang tersembunyi !


MASJID AL-AQSA
Diatas ini merupakan masjid Al Aqsa atau dikenali sebagai masjid Baitul Maqdis yang merupakan salah satu dari 3 masjid yang paling bersejarah bagi umat Islam setelah Masjidil Haram di Makkah serta Masjid Nabbawi di Madinah, dan didalamnya terdapat sebuah batu yang sangat berharga kerana ia merupakan tempat pijakan Rasulullah Muhamad SAW. Masjid ini juga terkenal dikalangan pelancong-pelancong  yang melawati bumi Palestin.



LAUT MATI



Tahukah anda bagaimana kawasan ini dinamakan sebagai laut mati? Laut Mati adalah daratan terendah di muka Bumi,  kerana air Laut Mati ini tidak boleh mengalir kemana-mana seperti tasik. Tidak heranlah jika sesiapa yang bermandi di laut mati ini akan mudah terapung kerana kandungan garamnya 9 kali lebih masin dari air laut biasa.Laut ini juga mampu mengubati penyakit kulit dan sangat elok bagi menyihatkan tubuh badan anda !




JERICHO, JORDAN

Anda pernah dengar mengenai kota ini? Kota Jericho, yang berada di Jordan ini merupakan kota TERTUA  di dunia iaitu berumur 10 000 tahun ! Kota ini mempunyai banyak sejarah dan  antara yang terkenal ialah mengenai sejarah peperangan antara orang beriman yang dipimpin oleh Nabi Yusyak a.s dengan seorang raja yang zalim.




GEREJA BETHLEHEM




Uniknya Gereja Katolik ( GEREJA BETHLEHEM ) kerana gereja ini merupakan gereja kekristenan yang tertua didunia ! Gereja ini juga dikenali sebagai " Church of Nativity" yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa as.



KOTA PETRA

Kota Petra merupakan KOTA SEMULAJADI yang telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh British Broadcasting Corporation (BBC) sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati".Gunung ini mencecah ketinggian sekitar 1.4 kilometer di atas permukaan laut !





CASTLE KARAK
Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib dan telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi . Kota ini juga merupakan bandar bertembok . Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan .Oleh kerana kota istana ini terkenal disebabkan peristiwa sejarahnya, ramai pelancong kerap mengunjungi istana ini untuk melihat suasana luar dan dalam setelah berlaku peristiwa sejarah itu! 




Sabda Rasullulah saw:

“ Jangan kamu memberat-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Ku ini dan Masjidil Aqsa “

( HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud )




1 comment: