Percutian ke Turki tidak akan lengkap seandainya 'Blue Mosque' tidak tersenarai dalam senarai destinasi pilihan. Gelaran 'Blue Mosque' atau Masjid Biru ini adalah kerana jubin dinding bahagian dalamnya berwarna biru. Keunikan seni binanya yang dipengaruhi oleh elemen Byzantine dari Hagia Sophia yang berkubah mampu membuat orang ramai terpukau dengan keindahannya. Masjid ini mempunyai satu kubah utama, lapan kubah sampingan dan 6 menara.
Lawatan ke Kota Troy merupakan satu kemestian setiap pengunjung. Kota ini pernah menjadi saksi sejarah pertempuran pahlawan Yunani dan Trojan dalam perang Trojan. Wooden horse of Troy (gambar) telah runtuh akibat gempa bumi tetapi dibina semula dan menjadi sebahagian tarikan kepada pengunjung yang melawat kota ini. Dikatakan peradaban kota ini berakhir setelah sembilan kali dilanda banjir dan gempa bumi.
Kota Purba Ephesus antara kota purba yang terkenal di Turki. Kota ini merupakan runtuhan sebuah Kota Yunani kuno yang pernah direbut dan puncak kejayaanya adalah ketika kerajaan Rom memerintah. Di sini terlihat sebuah Grand teater yang menjadi kemegahan kerajaan Rom dahulu.
Teater ini dapat memuatkan hampir 24 ribu orang dalam satu masa.
Seterusnya, Pamukkale terkenal kerana 'Cotton Castle' yang bukannya istana raja tetapi sebuah kolam air panas yang terbentuk hasil letupan gunung berapi. 'Cotton Castle' ini cukup popular kerana airnya didakwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Kebanyakan pelancong yang mengunjungi tidak melepaskan peluang untuk berendam di dalam kolam air panas tersebut.
'Underground City of Kaymakli' atau Bandar Bawah Tanah Kaymakli ini terletak di bawah Bukit Citadel yang meliputi 8 tingkat bawah tanah dengan lorong yang sempit dan mempunyai ruang tidur, dapur, bilik simpanan dan ruang menempatkan kuda para askar pada zaman kerajaan Rom. Dipercayai bandar bawah tanah ini digali oleh orang Kristian sebagai tempat perlindungan dan persembunyian daripada penganiayaan orang Arab pada zaman tersebut.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Bosphorus Cruise sambil menikmati pemandangan yang cantik. Aktiviti ini merupakan satu kemestian setiap pengunjung yang melawat bumi Turki. Pengunjung diberi pilihan untuk mengikuti Bosphorus Tour ini mengikut kemampuan dan bajet masing-masing. Anda akan dibawa
Antara pemandangan menarik ketika menikmati pemandangan dari atas Bosphorus Cruise; Masjid Ortakoy, Menara Leander, Dolmabache dan banyak lagi.
Sebuah lagi sejarah tinggalan Islam iaitu 'Topkapi Palace'. Istana ini terletak di titik pertemuan Selat Bosphorus, Tanjung Tanduk Emas (Golden Horn) dan Laut Marmara. Sewaktu Empayar Uthmaniyah, Istana ini pernah menempatkan 24 Sultan Turki Uthmaniyah dan mengalami perubahan dari semasa ke semasa sehingga kali terakhir ditinggalkan oleh Sultan Abdul Mejid dan berpindah ke istana baru di Dolmabache.
Ruang-ruang di dalam Istana Topkapi antara pernah didiami oleh Sultan-sultan Turki Uthmaniyah .
Wah! Menarik betul tempat-tempat di Turki kan? Jom bercuti ke Turki dengan kami !
Hubungi kami di +605-311 4500.
No comments:
Post a Comment