Thursday, 26 February 2015

SWEET LONDON & PARIS


Trafalgar Square London
Trafalgar Square merupakan kawasan yang menarik untuk dikunjungi. Trafalgar Square merupakan laman di Raja pada suatu ketika dahulu, sebelum dipindahkan ke Buckingham. Kawasan ini telah wujud hampir 200 tahun. Sejak dibuka kepada awam, ia menjadi tempat demonstrasi, perhimpunan dan menjadi daya tarikan yang terulung di Kota London, dan pastinya tempat si burung merpati. 



PICCADILLY CIRCUS LONDON

Piccadilly adalah sebuah jalan utama di London, memanjang dari Hyde Park Corner di barat ke Piccadilly Circus di timur. Kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah dan juga tempat untuk melepak bagi mereka yang ingin menghilangkan rasa penat bekerja. Piccadilly Circus dikelilingi oleh beberapa tarikan pelancong seperti tugu peringatan Shaftesbury, Criterion Theatre, London Pavilion dan beberapa gedung runcit utama.



London Central Mosque London

London Central Mosque atau dikenali juga sebagai Regent’s Park Mosque atau Islamic Cultural Centre sama ada untuk iftar dan juga untuk bersolat jamaah serta membuat rujukan di perpustakaannya. Masjid ini merupakan masjid terbesar di kota London dan berhampiran sebuah taman, the Regent’s Park. Berada di masjid ini membuatkan hati merasa tenang dan tenteram.. Berbanding masjid lain yang ada di sini, masjid inilah yang agak besar dan cantik.



BICASTER VILLAGE LONDON
Bicester Village adalah tempat shopping barangan mewah dari designer yang off season di UK. Selain tu para peminat designer handbags/kasut/baju branded yang berharga beribu pasti teruja kerana anda bakal mendapat diskaun sehingga 60%. Terdapat lebih 130 outlet disini. Peminat-peminat handbag pasti akan teruja!


LOUVRE MUSEUM PARIS

Louvre Museum atau dipanggil Musée du Louvre antara tempat paling menarik di dunia. Museum atau istana ini dibangunkan sekitar tahun 1990 ketika pemerintahan King Phillip II dan Pyramid dibangunkan pada tahun 1983 oleh Presiden France dengan menggunakan bahan kaca dan metal. Museum ini dijadikan museum nasional pada tahun 1793. Paling menariknya ialah anda dapat melihat lukisan Monalisa karya Leonardo Da Vinci, koleksi King Louis XIII yang original disini !




PLACE DES VOSGES PARIS

Place des vosges merupakan kawasan tarikan pelancong kerana ia merupakan kawasan peninggalan sejarah. Bangunannya yang masih teguh dan tersegam indah telah menjadi tumpuan para pelancong untuk berehat bersama keluarga tersayang sambil melihat keindahan landskap di kawasan sekelilingnya.



EIFFEL TOWER PARIS
Rugi kalau ke Paris jika tidak ke Eiffel Tower. Eiffel Tower sememangnya akan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya!. Tidak hairanlah jika Eiffel Tower ini menjadi tumpuan pasangan-pasangan yang hangat bercinta kerana pemandangan yang indah disekelilingya pasti akan menambahkan suasana romantis dikalangan pasangan-pasangan yang meluangkan masa disini. Lebih menarik lagi, pada waktu malam, sejam sekali mereka akan memainkan pertunjukkan cahaya, iaitu pada pukul 8.00pm, 9.00pm, 10.00pm, 11.00pm and 12 midnite dan anda berkesempatan untuk naik ke atas Eiffel Tower pada waktu malam untuk melihat kecantikan kota Paris dari atas.



PARIS GRAND MOSQUE

Kunjungi tempat menarik di Paris iaitu masjid terbesar di Eropah barat iaitu Paris Grand Mosque. Dilengkapi landskap yang menarik serta indah, dapat memberi ketenangan kepada pengunjung. Selain itu, dapat memberi keselesaan dan kedamaian pada pengunjung yang menunaikan solat disini.




GALERI LAFAYETTE
Galeri lafayette merupakan sebuah pusat membeli belah yang terkemuka di Paris! Anda boleh shopping banyak-banyak di sini. Selain itu, bangunannya yang menarik pada waktu malam, cukup memukau para pengunjung dan tidak sah jika tidak mengambil gambar. Jom shopping disini, semestinya puas hati =)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Berminat untuk melancong ke London & Paris?
Kami ada meyediakan pakej tersebut !

Hubungi kami di talian 05-311 4500 untuk maklumat lanjut .

Terima Kasih =)



No comments:

Post a Comment