Tuesday, 24 February 2015

KOREA MEMANG ' DAEBAK '



Gyeongbokgung atau Kyongbok Palace merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon di Korea. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan. Paling menariknya ialah anda berkesempatan untuk menyaksikan majlis pengawal diraja pada  setiap jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang di hadapan pintu utama.





Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan. Kawasan ini merupakan kawasan yang terkenal di kalangan pelancong kerana anda berpeluang melihat sendiri rumah President Korea Selatan atau di kenali sebagai Korean Blue House dengan mata anda sendiri. Jangan lepaskan peluang anda untuk ke Korean Blue House.






National Folk Museum of Korea merupakan sebuah muzium yang terletak di halaman Istana Gyeongbok, Seoul, Korea Selatan. Muzium ini menyimpan lebih kurang 4000 artifak dan alat-alat yang digunakan oleh masyarakat Korea pada masa lalu hingga sekarang. Anda dapat saksikan contoh artifak yang terdapat di National Folk Museum seperti gambar di atas.





Cheonggyechon Stream merupakan salah satu tempat menarik di Korea yang merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul,namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah.  Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. . Pada awal November setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena Festival Tanglung Korea.





Trick Eye Museum merupakan lokasi pelancongan yang amat dikenali  apabila anda berada di sana. Tiket masuk ke sana hanyalah 13000 won (Rm 35). Trick Eye Museum ini sebenarnya adalah sebuah muzium interaktif dengan konsep baru yang merangsang kreativiti dan imaginasi otak dengan teknik penglihatan. Dalam gambar yang dipamerkan anda boleh bergambar dan anda sendiri menjadi subjek dalam gambar tersebut.. . 



Seoul N Tower merupakan tarikan utama di Korea. Anda juga dapat saksikan kunci-kunci cinta yang terdapat di sini.




Nami Island merupakan sebuah tarikan pelancongan dan disini juga pernah menjadi  lokasi pengambaran drama korea yang cukup terkenal iaitu Winter Sonata. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Nami Island.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


Berminat nak ke Korea? Jom sertai kami =)
  • Pakej Korea 6 Hari 4 Malam.
  • Harga Dari RM 3388.00  sahaja !
 Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami di talian 05- 311 4500.
Terima kasih =)



No comments:

Post a Comment