1. BERLAKUNYA HARI KIAMAT 📅 😇
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu
dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi
SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari
itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan
dikabulkan permintaannya."
2. NABI ADAM DICIPTAKAN DAN DIA JUGA DISINGKIRKAN DARI SYURGA 🌲😳
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini
Nabi Adam diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang
terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada
hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. PENGHULU SEGALA HARI 💎🙌
Jumaat ini adalah hari yang
sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu
ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.Dalam suatu
hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang
sebaik hari).”
4. SELAMAT DARI FITNAH KUBUR BAGI YANG MATI PADA HARI JUMAAT ⛼😰
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim
yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah
daripada fitnah kubur.”Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih
kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. KEBAIKAN DENGAN MEMOTONG KUKU 👐✂
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh,
Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka
potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.Ibnu
Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan
menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. MAKBULNYA DOA DI ANTARA DUA KHUTBAH 😆🏠
Yang ini pun kita dah selalu dengar.
Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara
ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul
doanya tu. Ya, kan? Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang
dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah
pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu
Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan
orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya
itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang
membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari
r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah
mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling
mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat
selesai didirikan.