Monday, 29 June 2015

Jom bercuti ke Turki !



Sertai Annur Travel mengembara ke Turki !

Instanbul, Turki
Full package selama 10 Hari 7 Malam
dengan harga dari RM 5252 sahaja

Tarikh berlepas : 10 Okt / 22 Nov / 10 Dec




Jangan lepaskan peluang ini ! Hubungi kami segera !

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keistimewaan Turki !


1. Seni bina Turki.

Hagia Sophia
Turki merupakan antara negara yang mempunyai seni bina yang sangat luar biasa di dunia. Negara yang kaya dengan seni bina islam kini sudah sedikit sebanyak terpengaruh dengan budaya barat.


Blue Mosque
Walaupun Turki sudah banyak terpengaruh dengan budaya barat dalam beberapa dekad ini, namun tiada apa yang dapat menandingi keagungan peninggalan sejarah yang masih menjadi alasan utama untuk melawat Turki.



2. Musim sejuknya.


Saklikent
Turki mempunyai banyak pusat peranginan untuk anda menikmati aktiviti musim sejuk seperti bermain ski, snowboarding dan juga mendaki. Jika anda ingin untuk ganti ski dengan lawatan singkat di pantai, pilihan yang terbaik adalah Saklikent. Pengalaman musim sejuk di Turki pasti tidak akan mengecewakan anda!


3. Sejarah Turki.


Historical Turkey 
Turki bukan sahaja mempunyai bangunan bersejarah seperti Hagia Sophia malahan banyak lagi tinggalan sejarah sejak zaman purba lagi. Kota Trojan, Theatre, The Library merupakan tinggalan sejarah sejak daripada zaman greek lagi. Setiap tinggalan di Turki mempunyai sejarah yang sangat mengujakan !


4. Pantai Turki



Musim panas di Turki tidak lengkap jika tidak ke pantainya yang sangat menenangkan. Apabila di sini, lawat ke 'White Sand Beach' mereka adalah satu kemestian ! Antara pantai yang terbaik di Turki ialah Kabak, Ortakent, Gunluklu, Kaputas dan banyak lagi. Pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan!


5. Makanan Turki


Kofte

Makanan Turki adalah hasil daripada Asia Tengah, Caucasian, Arab, dan pengaruh Mediterranean. Pengaruh ini yang menyebabkan makanan Turki sangat digemari ramai..

Turkish Delight
Turkish Delight manisan yang sangat digemari oleh rakyat Turki dan juga pelancong asing. Manisan perisa rosewater, bergamot orange atau lemon ini sangat diminati di Eropah. Rasanya sangat lazat !



No comments:

Post a Comment