Thursday, 9 April 2015

Rahsia Keindahan Bumi Guangzhou


Di China, selain Beijing, Shanghai dan Xian, Guangzhou adalah destinasi yang boleh anda lawati. Jika dahulu Guangzhou adalah sebuah perkampungan tapi sekarang ia adalah sebuah kota perdagangan dan industri terkemuka yang terus berkembang dengan cepat.
Guangzhou merupakan Bandar ketiga terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai. Ia juga dikenali dengan nama Canton dan merupakan ibu kota wilayah Guangdong yang terletak di bahagian selatan China. .

YUE XIU PARK
Ia adalah Taman Terbesar di Guangzhou seluas 868 meter persegi ini terdiri dari tiga buah tasik dan tujuh bukit. Jika anda ke Guangzhou, anda dapat melihat  patung lima kambing yang menjadi lambang kota Guangzhou. Anda bukan sekadar boleh bersiar-siar ditaman ini untuk menghirup udara yang segar tetapi juga boleh menaiki bot elektrik atau bot yang dikayuh sendiri untuk menikmati keindahan tasiknya. Perkhidmatan tram juga disediakan dengan bayaran 10 Yuan seorang untuk anda melihat sekeliling taman ini.


LEATHER WHOLE SALE MARKET
Yi Sen Leather Market adalah pasaran kulit yang terbesar di Asia Tenggara pusat. Ia terletak di kawasan pasaran Zi Yuan Gang Leather. Yisen Leather Market mempunyai lebih daripada 300 barangan kulit kedai-kedai dan dewan pameran barangan kulit, ianya berkualiti sederhana,rendah dan tinggi, terutamanya dalam barangan kulit mewah, kumpulan barangan kulit kualiti yang terkenal. 


Shopping Street  Beijing Road
Shopping Street  Beijing Road juga  merupakan pemandangan yang menarik daripada koleksi gaya Xiguan dan juga pasti memukau anda kerana barang di sini dijual dengan harga yang berpatutan !


 Makam Saad bin Abi Waqas

Saad bin Abi Waqas adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.aw yang datang ke Negara China untuk menyebarkan agama islam. Makamnya terletak di daerah YueXiu. Selain Makam, terdapat juga sebuah masjid disini yang di beri nama Masjid Saad Bin Abi Waqas.




Menara yang dulunya dipanggil Menara TV Guangzhou merupakan menara televisyen tertinggi di dunia ia juga merupakan bangunan tertinggi di China dan Asia Timur. Waktu malam membuat menara Canton menjadi istimewa. Menara setinggi 610 meter ini akan mengeluarkan beragam cahaya warna-warni yang indah. 




Haiyin electronic market adalah sebenarnya pasaran runcit yang mempunyai semua peringkat peralatan elektrik, termasuk jenama yang paling besar. Anda boleh tawar-menawar dan ianya dapat menjimatkan untuk mendapatkan harga dengan lebih rendah. 

1 comment:

  1. Woww macam menarik je Guangzhou nie!!

    ReplyDelete