Monday, 20 April 2015

Delicious Thailand!


Sawadikap ~


Thailand! Sebuah negara di Asia Tenggara yang sering menjadi tempat pelancongan kepada semua kerana keindahan tempat pelancongannya dan juga yang paling penting kerana makanannya yang sangat lazat!



Tom Yam Goong 



Antara makanan popular Thailand ialah Tom Yam Goong. Bahan utamanya udang dan cili pasti menambahkan selera anda. Hidangan yang serba boleh yang sesuai di dalam hampir mana-mana makanan dan bau haruman herba-herba yang menyegarkan rasa masam-pedas-panas.



Som Tam 




Berasal daripada utara Issan, som tam merupakan masakan yang ramai tidak dapat henti makan.. Walaupun pedas tetapi masih terasa manisnya. Rasa daripada betik muda, cili dan bahan lain yang masam, manis dan pedas. Anda pasti tidak dapat lupakan rasa ini! 




Tom Kha Kai 





Tom kha kai mempunyai rasa sederhana pedas. Rasa ini sesuai untuk anda yang kurang makan makanan yang pedas kerana rasa cili dilembutkan lagi dengan santan. Mmm sedapnya! 




Gaeng Daeng 



Dimasak dengan daging, pes kari merah, santan kemudian di taburkan pula dengan daun limau purut pasti akan menaikkan selera anda. Gaeng Daeng boleh di umpakan seperti perempuan iaitu pedas sedikit, manis dan juga wangi. Anda pasti akan cintakan masakan ini !


Pad Thai 




Siapa yang tidak kenal dengan Pad Thai iaitu makanan terkenal Thailand. Bau mi yang digoreng dengan tauge, bawang, telur dan sos ikan kemudian di taburkan pula dengan serbuk cili dan kacang yang dikisar halus pasti akan membangunkan anda daripada tidur yang lena.




Khao Pad 




Khao Pad atau nasi goreng yang hanya memerlukan nasi, telur dan bawang. Makanan popular Thailand yang dihidangkan bersama timun dan limau purut. Rahsia Khao Pad ialah ianya senang dan anda juga boleh masukkan bahan lain mengikut selera anda !




Gaeng Keow Wan Kai 




Gaeng Keow Wan Kai atau kari ayam hijau yang sangat sesuai untuk dimakan bersama Khao Pad. Ayam, daun ketumbar, daun selasih dan rebung dan yang paling penting iaitu apa yang menjadikan ia hijau ialah pes kari hijau yang dikacau dalam kuah santan yang berkrim itu. Tadaaaa! Maka jadilah Gaeng Keow Wan Kai!




Yam Nua 


Pengalaman, keseronokan berapi yang segar Yam Nua iaitu campuran bawang, ketumbar, spermin, limau, cili kering dan jalur tender daging lembu pasti akan tidak dapat menahan diri daripada makannya. Pencuci mulut yang sempurna dan dapat menyegarkan mulut anda sebelum makan hidangan utamanya..



Kai Pad Med Mamuang Himmapan 




Apa yang menjadikan makanan ini sangat menarik ialah makanan ini sangat melambangkan Thailand. Ayam yang ditumis bersama gajus panggang, kicap manis, bawang, cili, lada, lobak merah dan cendawan. Tambahan pula ia dilontarkan pula dengan madu.. Mmm sangat manis dan juga pedas!




Por Pia Tord 


Pembuka selera yang terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa semestinya ialah Por pia tord. Sayur goreng yang di gulung dengan kulit telur yang ranggup dan dicelup pula dengan sos masam manis pasti akan membuat anda lebih berselera !


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami ada menawarkan pakej percutian

Hatyai-Krabi (4H3M)
Full package dengan harga RM 789 sahaja!
Tarikh : 30 Mei dan 10 Jun 2015


Jom hubungi kami di talian :

Tel : 605-311 4500








Thursday, 9 April 2015

Rahsia Keindahan Bumi Guangzhou


Di China, selain Beijing, Shanghai dan Xian, Guangzhou adalah destinasi yang boleh anda lawati. Jika dahulu Guangzhou adalah sebuah perkampungan tapi sekarang ia adalah sebuah kota perdagangan dan industri terkemuka yang terus berkembang dengan cepat.
Guangzhou merupakan Bandar ketiga terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai. Ia juga dikenali dengan nama Canton dan merupakan ibu kota wilayah Guangdong yang terletak di bahagian selatan China. .

YUE XIU PARK
Ia adalah Taman Terbesar di Guangzhou seluas 868 meter persegi ini terdiri dari tiga buah tasik dan tujuh bukit. Jika anda ke Guangzhou, anda dapat melihat  patung lima kambing yang menjadi lambang kota Guangzhou. Anda bukan sekadar boleh bersiar-siar ditaman ini untuk menghirup udara yang segar tetapi juga boleh menaiki bot elektrik atau bot yang dikayuh sendiri untuk menikmati keindahan tasiknya. Perkhidmatan tram juga disediakan dengan bayaran 10 Yuan seorang untuk anda melihat sekeliling taman ini.


LEATHER WHOLE SALE MARKET
Yi Sen Leather Market adalah pasaran kulit yang terbesar di Asia Tenggara pusat. Ia terletak di kawasan pasaran Zi Yuan Gang Leather. Yisen Leather Market mempunyai lebih daripada 300 barangan kulit kedai-kedai dan dewan pameran barangan kulit, ianya berkualiti sederhana,rendah dan tinggi, terutamanya dalam barangan kulit mewah, kumpulan barangan kulit kualiti yang terkenal. 


Shopping Street  Beijing Road
Shopping Street  Beijing Road juga  merupakan pemandangan yang menarik daripada koleksi gaya Xiguan dan juga pasti memukau anda kerana barang di sini dijual dengan harga yang berpatutan !


 Makam Saad bin Abi Waqas

Saad bin Abi Waqas adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.aw yang datang ke Negara China untuk menyebarkan agama islam. Makamnya terletak di daerah YueXiu. Selain Makam, terdapat juga sebuah masjid disini yang di beri nama Masjid Saad Bin Abi Waqas.




Menara yang dulunya dipanggil Menara TV Guangzhou merupakan menara televisyen tertinggi di dunia ia juga merupakan bangunan tertinggi di China dan Asia Timur. Waktu malam membuat menara Canton menjadi istimewa. Menara setinggi 610 meter ini akan mengeluarkan beragam cahaya warna-warni yang indah. 




Haiyin electronic market adalah sebenarnya pasaran runcit yang mempunyai semua peringkat peralatan elektrik, termasuk jenama yang paling besar. Anda boleh tawar-menawar dan ianya dapat menjimatkan untuk mendapatkan harga dengan lebih rendah. 

Tuesday, 7 April 2015

Pengembaraan Kami : Memori Indah bersama Annur Travel di Beijing !


MEMORI INDAH BERSAMA ANNUR TRAVEL ~


Pada 30 Mac 2015 yang lalu, syarikat Annur Travel & Tours Sdn Bhd telah mengadakan 
Pakej ke Beijing selama 4H 3M yang menggamit memori yang indah kepada pasangan ini!




The Great Wall of China adalah tempat yang wajib dilawati di China! 
Tembok besar China merupakan antara tempat yang terkenal di dunia yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tembok Besar China mempunyai banyak sejarah yang sejak dari dahulu lagi menjadi simbol dan jiwa kepada China.



The Great Wall of China



Summer Palace. Kawasan aman dan harmoni yang dikelilingi oleh gunung-ganang dan tasik yang pastinya akan menyentuh hati anda.

Tian an men Square atau dikenali sebagai The Gate of Heavenly Peace merupakan dataran ketiga terbesar di dunia. Tian An Men Square merupakan pintu masuk kepada kota empayar dinasti Qing dan Ming. Struktur kota ini juga menunjukkan megahnya China sejak dahulu lagi.


Pakaian rasmi yang dipakai oleh permaisuri dan pendekar China satu ketika dahulu.




Chuanr atau kebab cina yang merupakan antara makanan terkenal di China yang pastinya memuaskan selera anda.






Restoran Cina-Muslim



Olympic Games Field Hall dan Monument to the People's Heroes atau Tugu Wira Rakyat.



Kereta mewah yang membawa pasangan ini mencipta memori indah bersama yang tersayang di Beijing.



Wednesday, 1 April 2015

Umrah Sya'ban 1436 (12H/10M)


Mari menjalankan ibadat umrah bersama kami di Annur Travel & Tours!

Harga dari RM 6230!

Pakej umrah yang menjanjikan perjalanan ibadat anda berjalan dengan lancar.

Mari hubungi kami sekarang!