1. Memeriksa Barangan Peribadi
Apabila anda berehat dan berhenti di sesuatu tempat, amalkan untuk memeriksa kembali kawasan tempat duduk sebelum bangun untuk meninggalkan suatu tempat. Ketika melancong, kita pasti akan membawa lebih banyak barang daripada biasa, kamera, jaket, passport dan sebagainya. Oleh itu, periksa dahulu kawasan sekeliling sebelum bangun meninggalkan tempat anda.

2. Asingkan Duit
Selalunya kita akan menyimpan wang tunai dan kredit kad di dalam dompet yang sama. Tapi jika anda pergi melancong, agihkan duit wang tunai dan kredit kad dan simpan di tempat yang berbeza. Juga digalakkan untuk agihkan wang tunai kepada rakan-rakan supaya ianya tidak disimpan oleh seorang sahaja. Kehilangan semua duit sekaligus di negara orang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.
3. Poket Belakang
Untuk mengelak daripada penyeluk saku, jangan simpan dompet di poket belakang. Simpan di poket hadapan atau gunakan poket yang mempunyai butang.

4. Scan Dokumen Yang Penting
Scan dokumen perjalanan seperti passport, visa, travel insurance, dan kemudian emailkan kepada diri sendiri. Fotostat juga dokumen-dokumen ini dan bawa bersama bersama ketika travel. Risiko untuk kehilangan dokumen ini sering berlaku.
5. Dapatkan Insuran Perjalanan
Dapatkan insurans perjalanan anda. Hal ini dapat membantu anda sekiranya anda jatuh sakit atau berlaku perkara yang tidak diingini semasa melancong. Kos perubatan akan ditanggung oleh pihak insurans walaupun harganya mahal ! Dapatkan insurans dengan kadar segera.

6. Dapatkan Vaksin
Dapatkan maklumat tentang imunisasi tentang negara yang kita akan lawat. Terutama jika melawat negara yang tahap kesihatannya lebih rendah, dapatkan vaksin daripada doktor jika perlu sebelum pergi ke sana.

7. Menunjuk
Elakkan terlalu menonjol iaitu menunjuk barang di khalayak ramai seperti barang kemas, duit, barangan mewah dan sebagainya. Simpan kamera di dalam beg jika tidak menggunakannya.
8. Memberi Duit Kepada Peminta Sedekah
Niat anda memang baik. tapi lebih baik sedekah di tempat yang lebih selamat seperti di rumah anak yatim dan sebagainya. Membuka dompet dan mengeluarkan duit di khalayak ramai terutama di tempat asing memang tidak digalakkan. Mana tahu ada orang lain yang memerhati.

9. Pasrah
Ini perkara yang mudah, tapi ramai yang tak faham dan tak mahu ikut. Kalau anda di rompak, berikan sahaja apa yang diminta dan jangan melawan. Travel insurans akan cover balik apa yang anda hilang dan nyawa lagi penting dari beg tangan mewah anda itu. Berikan sahaja apa yang diminta, tinggalkan tempat tersebut dan hubungi polis.

10. Dapatkan Tips di Forum atau Blog
Dalam dunia moden ini, dapatkan maklumat memang mudah, Sebelum pergi, baca dahulu pengalaman orang lain yang sudah pergi ke tempat tersebut. Banyak forum dan blog blog yang anda boleh baca. Beri perhatian kepada tips keselamatan, scam, penipuan kepada pelancong yang selalu terjadi di tempat tersebut. Melakukan persediaan akan mebuatkan anda lebih yakin untuk pergi melancong.

No comments:
Post a Comment