Thursday, 25 December 2014

PENGGEMBARAAN KAMI: Krabi, Thailand



Kali ini Annur Travel telah membuat pakej ke Krabi, Thailand
pada 17 DIS 2014 sehingga 20 DIS 2014 sempena Bengkel Halatuju Zakat 2015
yang diadakan di Krabi, Thailand.



Antara tempat-tempat yang menarik yang dilawati oleh peserta :





TUP ISLAND

Pulau yang mempunyai pantai yang cukup cantik terutama apabila air laut surut.
Oleh itu, peserta dapat merasai ketenangan dan kedamaian yang tidak
terhingga serta mendapat kenangan manis yang cukup indah
untuk dibawa pulang !




Chicken Island

Bahasa Thai dipanggil Koh Kai sebab pulau ini seakan-akan seekor ayam
dan merupakan satu keunikan yang sememangya tidak ada di tempat lain dan
merupakan tarikan pelancong di Thailand untuk melihat Chicjen Island.



Poda Island

Koh Poda atau Pulau Poda adalah yang terbesar daripada semua
empat pulau kecil di Kepulauan Kumpulan Poda. Di sebelah timur, terdapat
pantai yang sepanjang satu kilometer dan deretan pokok pain.
Laut yang kebiruan dan sangat bersih dan cantik,sesuai untuk berenang dan berjemur.
Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling di utara dan timur pulau itu,
atau berkayak di sepanjang pantai dengan pemandangan yang indah !



Gua Phra Nang

Phra Nang Cave antara gua yang tercantik di Krabi.
Sebuah cerita mitos dipercayai oleh nelayan tempatan
menjadi rumah seorang puteri laut atau dewi.
Kuil itu terletak di dalam gua batu kapur yang didedikasikan
kepada dewi untuk kesuburan.


No comments:

Post a Comment