NANTIKAN PAKEJ-PAKEJ TAHUN 2015 YANG SEMESTINYA MEMIKAT HATI !
Monday, 29 December 2014
Thursday, 25 December 2014
PENGGEMBARAAN KAMI: Krabi, Thailand
Tuesday, 23 December 2014
PENGGEMBARAAN KAMI: Jakarta - Bandung, Indonesia
BERIKUT ADALAH KENANGAN MANIS DARI PESERTA KAMI ! =)
GAMBAR PESERTA DI TANGKUBAN PERAHU PAKEJ JAKARTA - BANDUNG |
Tangkuban Perahu
Kunjungi kota Bandung untuk melihat sendiri gunung Tangkuban Perahu sepertimana yang terdapat dalam cerita lagenda mengenai Sangkuriang atau Dayang Sumbi dan anda semestinya akan tertarik dengan udaranya yang nyaman dan suasananya yang mendamaikan. Bandung sediri pula tetap dikunjungi ramai sehingga sekarang - pastinya kalau anda ingin membeli belah !
GAMBAR PESERTA DI MASJID ISTIQLAL PAKEJ JAKARTA - BANDUNG MASJID ISTIQLAL Masjid Istiqlal adalah masjid negara Republik Indonesia yang terletak di pusat ibukota Jakarta. Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.. SEBUAH DESTINASI YANG SEMESTINYA MENAKJUBKAN ! |
GAMBAR TUGU MONAS YANG TELAH DIAMBIL OLEH PESERTA PAKEJ JAKARTA --BANDUNG |
TUGU MONAS
Monas atau Monumen Nasional merupakan icon kota Jakarta. Terletak di pusat kota Jakarta, menjadi pusat pendidikan dan kunjungan yang menarik bagi warga Jakarta dan para pelancong.
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk kunjungi Tugu Monas bersama kami akan datang !
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
KUNJUNGI BLOG KAMI PADA SETIAP MASA UNTUK KETAHUI AKTIVITI KAMI &
PAKEJ 2015 AKAN DATANG !
Sunday, 21 December 2014
UMRAH : Pakej DISEMBER 2014
Menunaikan Umrah semestinya impian setiap muslim. Menziarahi bumi Allah yang indah dan semestinya menunaikan ibadah dan menambahkan pahala. Annur Travel telah membuat dua pakej Umrah pada bulan ini ( Umrah Cuti Sekolah ); iaitu pada 18 - 27 Disember 2014 dan 21 Disember 2014 - 3 Januari 2015.
Lebih 25 peserta mengikuti pakej umrah kami pada 18 Disember 2014. Pada jam 1.30 petang kelihatan peserta-peserta kami memakai tag berwarna kuning memenuhi KLIA aras 5. Peserta umrah ini dibawa oleh ejen kami iaitu Ustaz Mohammad Yani Bin Md Saman dan menaiki penerbangan Yaman Airways pada jam 5.25 petang.
Gambar dibawah adalah antara kenangan manis dari peserta-peserta Umrah sebelum bertolak ke tanah suci.
Gambar dibawah adalah antara kenangan manis dari peserta-peserta Umrah sebelum bertolak ke tanah suci.
|
Tuan Haji Othman turut hadir bagi melancarkan lagi pengurusan perjalanan peserta menunaikan Umarah di Tanah Suci Makkah.
Peserta-peserta berkumpul untuk diberi penerangan sebelum berangkat |
Pakej Umrah pada 21 Disember 2014, lebih kurang 40 peserta termasuk Tuan Haji Othman akan bergerak ke Jeddah pada jam 8.30 pagi untuk menunaikan Umrah. Kebanyakan peserta kami pada pakej ini adalah daripada Felda Lasah dan Perlop, Sungai Siput Perak. Pada jam 10.00 malam lagi bas kami menunggu peserta di Perlop, Sg Siput, kemudian bas menuju ke Felda Lasah untuk mengambil peserta yang lain dan terus ke KLIA untuk berlepas.
KUNJUNGI BLOG KAMI PADA SETIAP MASA UNTUK MENGETAHUI AKTIVITI KAMI DAN PAKEJ 2015 AKAN DATANG!
Sunday, 14 December 2014
PENGGEMBARAAN KAMI : Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia.
Pada 5 Disember hingga 8 Disember 2014 Annur Travel & Tours telah membuat pakej ke Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau Indonesia. Jikalau anda seorang kaki membeli-belah, pakej percutian 4 hari 3 malam ke Tanjung Balai Karimun ini amat sesuai untuk anda. Majoriti yang mengikut kami adalah daripada kumpulan PERDASAMA Perak.
Hari 1: Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak kami. Rombongan bertolak ke Jeti Kukup, Johor untuk menaiki feri ke Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau.
Hari 2: Sampai di Tanjung Balai Karimun rombongan di sambut oleh wakil kami di sana untuk ke hotel dan check-in. Rombongan di beri 'free-time' untuk shopping di sekitar hotel dan berkumpul semula pada malam hari untuk ke Coastal Area.
Bazar Pekan Tanjung Balai |
membeli-belah di Pekan Tanjung Balai |
Pengalaman yang best di sini kami dapat menaiki bas Tanjung Balai yang lain daripada yang lain kerana keunikannya. Di Tanjung Balai Karimun tiada bas seperti di Malaysia.
Hari 3: Selepas sarapan pagi di hotel, rombongan kami dibawa ke Pasar Puan Maimun untuk membeli-belah dan kemudian dibawa ke Pantai Palawan untuk melawat sambil menangkap gambar kenangan. Kemudian kami dibawa ke Masjid Agung Tanjung Balai untuk solat Zuhur dan ke Kantor Bupati Karimun iaitu pejabat daerah di sana. Makan tengah hari di Rumah Makan Purnama. Kemudian rombongan balik ke hotel dan diberi 'free-time' dan berkumpul semula untuk makan malam di Hotel Royal.
Pasar Puan Maimun |
Membeli-belah di sini 'syokkkk' kerana harga yang murah dan barangan yang tiada di Malaysia.
Pantai Palawan |
Masjid Agung Karimun |
Kantor Bupati Karimun |
Hari 4: Sarapan pagi di hotel dan berkumpul untuk ke Pelabuhan Tanjung Balai Karimun untuk pulang ke Malaysia. Setelah sampai di Malaysia rombongan di bawa ke Tanjung Piai untuk melihat mercu tanda tempat paling selatan Benua Asia. Kemudian ke JPO 'Johore Premiun Outlet' dan ke Air Hitam untuk membeli belah sebelum pulang ke Perak.
Tiada gambar di Johor Premium Outlet kerana kesibukan rombongan bershopping sakan di JPO kerana 'sale' sempena hari Krismas yang semakin dekat.
(Boleh lihat gambar-gambar rombongan di facebook Annur Travel & Tours)
Friday, 21 November 2014
Percutian Menyeronokkan Bersama Warga Emas
Artikel diambil daripada laman LIBUR
Periksa Kesihatan Awal
Sebelum merancang untuk bercuti, pastikan anda membawa warga tua ini berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan mereka. Maklum sajalah, terdapat pelbagai penyakit menyerang apabila umur semakin meningkat. Sekurang-kurangnya, doktor akan memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan jika berlaku apa-apa selain menjalankan rawatan rapi sebelum berangkat.
Bawa Bekalan Ubat
Jangan lupa bawa bekalan ubat biar pun tidak mempunyai penyakit kronik misalnya penyakit jantung. Sentiasa bersiap sedia dengan ubat-ubatan yang dirasakan perlu mengikut keadaan dan destinasi yang dituju. Setiap ubat perlu dilabel dengan baik supaya tidak berlaku kekeliruan di saat kecemasan.
Guna Kemudahan Diberi
Kebanyakan kawasan percutian menyediakan kemudahan untuk kesenangan pengunjung. Usah malu menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti kerusi roda. Berkerusi roda juga masih boleh membawa mereka berjalan mengelilingi dunia, bukan?
Jaga Pemakanan
Perhatikan makanan yang diambil. Jangan kerana mahukan pengalaman merasa makanan di tempat orang, anda telah melanggar pantang makanan. Jika teringin sekali pun, nikmati dalam kuantiti yang sedikit.
Minum Banyak Air
Untuk elak hidrasi, pastikan minum banyak air kosong terutama apabila bercuti di negara empat musim. Dengan memperbanyak minum air kosong, penyakit atau mudah letih tidak akan mudah menyerang sebaliknya tubuh sentiasa bertenaga dan segar.
Selain panduan di atas, pastikan membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca yang dikunjungi dan pastikan ada rehat yang mencukupi. Jika anda boleh membawa bayi dan kanak-kanak melancong, tidak mustahil anda boleh membawa ibu, bapa, nenek atau sesiapa saja warga emas pergi bercuti. Melancong adalah cuti rehat paling berharga buat warga emas!
Thursday, 20 November 2014
Majlis Penyampaian Sijil Badal Haji 2014
Pada 15 November 2014 yang lalu Annur Travel telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena penyampaian Sijil Badal Haji bertempat di Masjid Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam, Ipoh, Perak.
Seramai 70 orang telah datang untuk memeriahkan majlis ini. Di kendali oleh Encik Azzrull Affendi selaku pengacara majlis dan Al Fadhil Ustaz Mohd Zaki Bin Che Deraman sebagai penceramah majlis. Bermula pukul 9.00 pagi majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis. Kemudian telah diserahkan kepada Ustaz Mohd Zaki untuk memulakan tazkirahnya yang bertajuk 'Kesempurnaan Hijrah' .
Majlis diikuti dengan tahlil dan bacaan Doa Selamat dan kemudian acara penyampaian Sijil Badal Haji dan Cenderahati oleh Ustaz Mohd Zaki dan Pengarah Urusan kami Tuan Haji Othman Bin Adam. Majlis disudahi dengan jamuan ringan dan kemudiannya bersurai.
Syukur Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya. Terima Kasih diucapkan kepada peserta yang telah mempercayai kami untuk menguruskan Badal Haji untuk arwah.
Sekian.
Annur Travel & Tours sememangnya menyediakankan perkhidmatan Badal Haji dan Umrah. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian +605 311 4500.
Subscribe to:
Posts (Atom)